Posted by: nouirs | November 14, 2009

Ingatlah….

Sabda Rasulullah saw: ‘Para Sahabatku umpama bintang-bintang, mengikut yang mana pun kamu akan mendapat petunjuk…..’

Posted by: nouirs | November 12, 2009

Sudah lama tidak bermain piano… Keras benar tangan

http://www.play-piano.org/play_online_piano_piano.html

Salam pertemuan… Aku terkenang saat aku menyertai pasukan sekolah bermain melodian. Best perasaan itu. Aku pun cuba-cuba main…. Lagu Bapaku Pulang dari Kota… (Masih keras).

Posted by: nouirs | November 11, 2009

Perbualan yang gembira…

Apabila saya menelefon ibunda “terchenta”, pasti perasaan gembira itu hadir secara automatik. Entahlah mengapa? Mungkin kerana aku hanya pulang satu kali sahaja sepanjang satu semester, lebih-lebih lagi aku hanya pulang lebih kurang lima hari sahaja pada waktu tersebut. Perbualan telefon lebih kepada melempiaskan rasa rindu, rasa resah dan rasa gembira dengan keluarga. Banyak perbualan yang telah berlaku antara kami, antaranya mengenai hal ehwal terkini keluarga, sanak saudara,  jiran tetangga, dan perkara-perkara lain. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana hidup pada zaman yang melalui perkembangan teknologi…

~Gembira apabila senang hati~

Posted by: nouirs | November 3, 2009

apabila realiti dan fantasi bersatu….

Dahulu,

aku tidak menyedarinya,

tidak pula aku menyelami apa yang berlaku,

sangkaanku,

hanya igauan atau sekadar angan sahaja..


Hakikatnya,

aku tidak menyedari,

bahawa jasad itu,

bukan hanya di alam realiti,

turut dipandu dunia fantasi.


Apabila kebenaran terdedah,

tatkala hakikat terserlah,

semakin menjauhkan aku,

daripada diri sendiri,

daripada dunia sebenar…

Ya Allah, berikanlah hambamu kekuatan.

Posted by: nouirs | Oktober 19, 2009

Watak Hikayat Bunga Raya Emas

Kisah 2 pemuda yang mempunyai hubungan saudara tiri, tetapi mempunyai wajah yang seiras. Setakat ini, watak kedua-dua  pemuda ini masih belum jelas lagi kerana terdapat konflik yang menyembunyikan identiti mereka secara tersirat. Setelah 8 bahagian cerita ini telah disiarkan melalui blog ini, maka eloklah kita meneliti watak-watak yang terbabit dalam siri ini secara berperingkat.

Darma Adi Dasa

Beliau memegang gelaran Putera Mahkota Darmabakti kerana memegang mandat sebagai pewaris takhta utama kerajaan Prahara Emas selain bertindak sebagai Menteri Kewangan. Berusia 17 tahun dan memiliki pemikiran yang kritikal. Beliau telah kehilangan bonda yang dikasihi, iaitu Istikrar Danu semasa berumur 6 tahun dan beribu tirikan Istikrar Nuraga yang merupakan kembar bondanya setahun kemudian. Meskipun bersaudara tiri dengan Nusa Samudera Alaf, namun Dasa sangat menyayangi saudaranya itu bagaikan adik beradik kandung sendiri. Selain licik dalam tindakan, beliau juga pandai bermain emosi dengan abangnya. Sebenarnya, mungkin apa yang dilihat Dasa tidak seperti yang sepatutnya berlaku.

Posted by: nouirs | Oktober 16, 2009

Bunga Raya Emas : Satu Dimensi Peribadi

Soalan-soalan yang diajukan oleh kawan-kawan aku mengenai blog ini.

K untuk kawan-kawan dan S untuk saya.

K: Kenapa nama blog BUNGA RAYA EMAS?

S: Sebab aku suka nama cerita bersiri yang aku keluarkan secara bulanan (ada pada blog ini juga).

K: Kenapa guna wordpress, kan ramai yang guna blogspot?

S: Masa loading lagi singkat.

K: Kenapa jarang update blog?

S: Emm (susah pula soalan ni)… banyak tanggungjawab yang perlu dipikul (ini dikira sebagai jawapan?)

Nanti aku sambung lagi soalan-soalan yang perlu aku jawab mengenai blog ini… Jumpa lagi.

Posted by: nouirs | Oktober 8, 2009

Berharganya mereka buat diriku…

Bila difikirkan kembali, sudah masuk tahun ke-3 aku menempuh dunia debat intervarsiti ini. Ini juga membawa maksud sudah berlalu beberapa semester rupanya aku berkecimpung dalam dunia debat ini. Aku terasa bagai baru semalam sahaja aku datang ke latihan pertama semasa aku masuk ke universiti ini.

Semasa aku menempuh tahun pertama dan kedua aku di universiti ini, aku telah menyertai pelbagai aktiviti luar di universiti. Namun demikian, program-program dan senior-senior debat ini antara pihak yang paling susah untuk aku lupakan kerana mereka merupakan pihak yang PALING bertanggungjawab terhadap junior-junior mereka dan juga program-program debat.

Aku bermula dengan pemahaman paling sifar terhadap perdebatan di UTeM. Dengan bantuan, tunjuk ajar dan sokongan mereka (agak-agaknya ada di gambar tak?), aku pun mengenali dan mendalami teknik-teknik perdebatan. Masih aku ingat bagaimana Kak Dila berusaha menjadikan aku sebagai seorang penyampai yang boleh bercakap (dengan bersusah payah), Martin yang berusaha memahamkan mengenai teknik perdebatan (pun dengan bersusah payah, parah dan makan hati rasanya…), Naim dan Din dengan baik dan konsistennya mengajak aku menyertai setiap latihan debat, Syakir yang boleh tahan geram tengok aku lambat meningkat (terutamanya persembahan…), bahkan junior-junior pun telah mengatasi aku daripada aspek persembahan pada beberapa ketika dahulu. Kak Fiza pula mencambahkan minat aku terhadap teknik bidasan yang pelbagai sebagai pendebat yang ke-3.

Pernyataan ini lahir daripada hati, tanpa sebarang unsur paksaan mahupun ugutan daripada sesiapa. Pernyataan ini juga lahir tanpa mengambil kira beberapa insiden yang telah berlaku yang melibatkan perselisihan dan ketidaksefahaman antara kita. Lumrah kehidupan, biasalah kalau kita semua pernah berselisihan.

Kegigihan mereka dalam melatih aku dan junior-junior amatlah dihargai. Bagi aku, senior-senior ini ibarat guru. Bukan aku main cakap saja. Aku mencontohi Imam As-Syafie’ yang menghargai setiap bait ilmu dan penyampainya, meskipun seorang Arab Badwi yang comot. Merekalah yang mengenalkan aku dengan erti kegigihan, semangat tidak putus asa, dan sebagainya. Buat senior-senior yang dikasihi, berdoalah agar kami, junior-junior anda  juga akan menyusul jejak-jejak kalian, sekaligus meneruskan perjuangan yang didokong bersama.

Terima kasih, kalian semualah permata kami.

Peringkat Saringan
Tarikh : 10 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Hotel Residence, UNITEN, Bangi

Peringkat Akhir
Tarikh : 18 Oktober 2009 (Ahad)
Masa : 8.00 – 10.30 malam
Tempat : PICC, Putrajaya

Tajuk Peringkat Saringan
1. Konsep 1Malaysia Asas Pembentukan Keselamatan Insan
2. Keselamatan Negara Bukan Lagi Berbentuk Tradisional
3. Keselamatan Insan Tunjang Keselamatan Negara
4.Keselamatan Ekonomi Nadi Kemaslahatan Masyarakat
5. Kecukupan Makanan dan Cabaran Terhadap Keselamatan Negara
6. Relevansi Pendidikan dalam Keselamatan Negara
7. Global Warming dan Keselamatan Negara
8. Keselamatan Serantau dalam Konteks Globalisasi
9. Keselamatan Negara dan Pembangunan Demokrasi
10. Terrorism dan counter-terrorism

Posted by: nouirs | Oktober 6, 2009

Berminat menyertai KDP UTeM?

Berminat menyertai Kelab Debat & Pidato UTeM? Anda boleh lakukan di sini dan sekarang juga. http://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dEhNSVhOUzZiZExXMUVJc0REa2NxVlE6MA

Posted by: nouirs | Oktober 5, 2009

Bengkel Debat UTeM Siri 2 2009

poster bengkel debat siri 2 2009

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

kategori