Madah Pikat

Terpikat… Apa itu? 

Kalau terpikat, tak payah memikat..

Kalau memikat, jangan tak dipikat…

Kalau dipikat, tak perlu terpikat… Hehe renung-renungkanlah

Advertisements

Meluahkan isi hati : Perkara paling berat untuk aku

Ketika aku kecil, masalah utama aku ialah untuk bercakap benar. Tak percaya? Memang ini masalah aku. Kegagalan aku bercakap benar kerana aku takut kalau aku bercakap perkara yang sebenar, pasti aku akan dimarahi atau kehendak / permintaan aku ditolak. Masa kecil aku selalu dihiasi dengan dendaan dan hukuman ayah terhadap aku kerana yang paling utama ialah masalah inilah. Selepas dihukum, aku lebih bertekad pula untuk merahsiakan apa yang aku buat daripada pengetahuan ayah dan emak. Takut kena balun sekali lagi (akhirnya kena juga).

Go to fullsize imageApabila aku meniti zaman kanak-kanak dan remaja, memang aku pun mengalami fenomena seperti insan-insan normal yang lain, iaitu ingin meramaikan kawan-kawan. Namun, sikap biasa aku, iaitu tidak pandai berterus terang terus membelenggu diri aku. Kadang-kadang, aku mahu berterus terang, tetapi perkataan lain pula terpacul dari mulut aku (tabiat ini jadi semakin kurang sihat). Aku mengaku, antara sebab aku jadi begini kerana keyakinan diri aku yang sangat rendah. Jadi, aku mahu menutup kelemahan diri dengan mengatakan perkara yang sebaliknya. Maka, kawan-kawan yang betul-betul rapat dengan aku hanya beberapa orang sahaja. Selalunya, aku akan mencari alternatif lain untuk mengelakkan diri dengan menbaca buku atau menyibukkan diri.

Semasa aku di zaman sekolah rendah, aku berkawan dengan jiran-jiran sebaya kawasan perumahan aku (atas dasar Go to fullsize imageteman sepermainan). Kami selalu main teng-teng, batu seremban / batu 7 /5, tuju kasut / baling selipar, hantu-hantu (jangan main pun benda ni, aku hilang takut untuk keluar malam pasal permainan ini), panjat pokok, emak-emak (selalu jadi emak atau kakak, sebab besar daripada orang lain), zero point (sampai semput), lumba basikal  (zaman ini masih tiada istilah up tire, cuma ada lepas-lepas tangan tengah menunggang, itu pun ada yang accident), bola sepak (sekejap saja, sebab masa ayah tahu, ayah bagi amaran kalau main kena sebat), cikgu-cikgu (yang ini pun best juga), doktor-doktor, polis-polis (bomba-bomba xGo to fullsize image famous time ni, kami semua peminat Gerak Khas time tu), Power Rangers?, sorok-sorok, tiang lapan, dan terlampau banyaklah permainan yang aku sendiri pun sudah lupa. Dek selalu keluar bermain, dalam tahun 4 gitu, aku pernahlah terjatuh hati dekat kawan baik aku time itu (nama dirahsiakan, karang malu pula kawan aku tu). Cuma yang bestnyer, aku tak tau time tu aku dah betul-betul jatuh hati, dan aku pula suka memuji-muji kawan aku yang sorang ini dengan kawan perempuan aku yang lain (jiran gue juga da…). Selalu aku mention awal-awal setiap kali aku nak puji kawan aku tu depan kawan pompuan aku ni, aku bukannya suka kat dia pun, cuma kita kena mengaku yang dia ni memang baguslah, pandailah, baiklah dan dot dot dot (kalau selalu mention gitu, mestilah orang tau aku sebenarnya suka kat budak tu, hehe). Selepas itu, aku siap menyakat kawan aku itu (gosip…) dengan kawan sekelas aku yang lain (jiran aku = kawan kelas aku), sampai mereka naik malu jugalah, walaupun sakit hati dengan mulut sendiri yang suka bertindak bertentangan dengan kehendak hati. Kawan sekelas aku itu pernah bertanya kepada aku, aku yang suka menyakat inikah yang suka pada kawan baik aku tu, aku cakap (sekali lagi…), “mana ada, aku tau, hang tanya sebab jeles apa…”, pandai aku mengelak daripada pertanyaan dan menyakat balik kawan aku semula. Itulah cerita aku masa kecil, tak pandai nak mengaku isi hati sendiri. Apabila semakin berganjak ke zaman remaja, perasaan suka kepada kawan aku itu sebenarnya hilang begitu sahaja kerana perkembangan animasi Jepun yang semakin menyeronokkan (Digimon, Pokemon, dll), jadi aku terus melupakan cinta monyet aku dulu. Mungkin itu bukan cinta monyet pun, ia lebih kepada perkara yang membuatkan aku rasa seronok. Buktinya, apabila  berjumpa dengan perkara lain yang lebih menarik perhatian dan menyeronokkan, aku terus melupakan perasaan suka aku kepada kawan aku ini. Kawan baik aku ini masih lagi kawan aku, cuma kami tidak bertegur sapa sebab masing-masing mempunyai perasaan segan yang agak tebal (pulak..), sebab semasa sekolah menengah, semua sudah ada haluan masing-masing dan jarang bertemu lagi.

Sehingga kini, masih terdapat beberapa perkara yang aku hanya mampu simpan di sudut hati sahaja kerana aku tidak mampu untuk berterus terang. Aku masih mencari waktu yang terbaik untuk meluahkannya dan berharap diberi kekuatan oleh Allah untuk meluahkan apa yang terbuku. Terima kasih kepada kawan-kawan yang memahami masalah aku selama ini dan membuka ruang untuk aku berterus terang dengan cara yang betul. Sokongan kalian amatlah dihargai.

Sisipan

Renungan bersama : Masa kecil, kita sempat menikmati hidup yang gembira, hidup yang ceria. Cuba bandingkan dengan kanak-kanak Palestin yang usianya lebih kurang zaman kita gembira. Lihat apa permainan mereka.

View ImageView ImageView ImageView Image

Permainan mereka ialah intifada untuk Islam dan bumi Palestin. Senjata dan darah bukan perkara asing bagi mereka, sebaliknya menjadi rutin yang perlu mereka hadapi. Mereka bukan di alam mimpi seperti zaman kita kecil, mereka di alam penuh peperangan, realiti yang perlu dipikul mereka selaku anak-anak kecil yang baru mengenal dunia. Buat kawan-kawanku yang tidak suka memboikot barang USA dan Israel, kalau benar anda tidak mahu memboikot pun, jangan diperkecilkan perjuangan orang yang memboikot, kerana inilah usaha kawan anda untuk membantu mereka yang teraniaya. Usaha yang akan diperhitungkan di alam akhirat, tuntutan orang-orang seislam yang teraniaya terhadap umat Islam yang lain yang mampu menolong mereka, tentu anda tidak fikirkan. Demi Allah, fikir-fikirkan tindakan anda semasak-masaknya sebelum melakukan penilaian.

Air terjun …

Las Fuentes Del Algar by Rudy  VEGA.

Ciptaan Allah yang aku kagumi. Bayangkan air terjun yang mendinginkan  dan memberi ketenangan. Air terjun bagai pejuang yang gagah berani. Walau apa pun liku-liku dan halangan, tetap diharungi dan akhirnya sampai ke destinasi.

Tak keruan…

Memacam problem menimpa aku dan bebudak debat secara berkesinambungan… 

Ini masalah aku pula. Apa yang aku mahu berkongsi dengan semua ialah saat menjelang Debat Integriti 2009 lalu, 16 hb Mei 2009, aku telah menelefon ibuku yang berada di Kedah. Dalam perbualan kami, ibuku barulah teringat nak maklumkan kepada aku nenek tiriku yang lebih mesra dipanggil Tok Cik telah kembali ke rahmatullah pada 12 hb Mei 2009 di Johor. Ibuku sendiri tidak sempat melihat saat terakhir satu-satunya orang tuanya yang masih tinggal (ibu tiri pun ibu juga…) kerana terpaksa menguruskan kemasukan adik perempuan aku ke matrikulasi. Jasad Tok Cik selamat disemadikan di Parit Buntar, Perak keesokan harinya setelah dipindahkan terus dari Johor pada malam kematiannya itu. Aku berasa sangat terkilan sebab terlambat untuk mengetahui mengenai perkara ini. Nak balik, masih dalam pertandingan, apa yang aku mampu ialah mendoakan arwah Tok Cik. Boleh dikatakan, dalam 2 – 3 hari aku terus kehilangan semangat untuk melihat pertandingan suku akhir, separuh akhir dan akhir jugalah. Masa awal-awal tahu berita tu, macam nak menangis, tetapi mengenangkan sabda Rasulullah saw yang menunjukkan bahawa meratap kematian adalah haram, jadi aku pun tak jadi menangis, takut2 dari menangis tu terus meratap pula, dah tambah beban dekat mayat. Nauzubillah…

Masa duduk dekat Melaka ni, sebenarnya perancangan asal aku selepas Debat Integriti nak balik kampung dan pergi menjenguk Tok Cik, tetapi nampak sehebat-hebat dan serapi-rapinya perancangan manusia, perancangan Allah lebih hebat. Aku terpaksa akur dengan ketetapan Illahi. Untuk semua, marilah bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Tok Cik agar Tok Cik mendapat fadhilat daripadanya. Al-Fatihah…

*Saya ubah suai semula kiriman ini kerana khuatir akan menyinggung sensitiviti mana-mana pihak sama ada secara sedar mahupun tidak sedar. Ubah suai ini dilakukan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab kerana Allah Taa’la.

My 2 challenges…

Aku sangat tensen dan tertekan dalam 1 jam 45 minit hari ini. Dalam waktu ini aku hanya mampu terkelip-kelip sahaja depan laptop sambil menolong kak wani mengemas rumah (angkat barang-barang yang melekat lipas je, sebab dia sangat takut lipas… Eiii.. Aku tolong juga kan, kan?) Pastu aku download surat permohonan yang kak ima emel untuk diedit untuk diemel kembali (surat friendly match dengan UNITEN). Lepas tu aku pun pergi belek friendster dan blog2 kawan aku. Aku mendapati terdapat 2 perkara menarik untuk aku paparkan di sini, tentang challenge survey/quizzes. Macam best jer…Alang2 boring, buang mase kejap lah…

1st challenge : Post bertajuk menjawab cabaran si Abu… Kat blog qayyum (ops! Dr Qayyum la)

 
-Go to your photos folder in your computer.
-Go to the 6th folder of photos.
-Go to the 6th picture in that folder.
-Put the picture on your blog and description of it.
-Invite six friends to join the challenge.
-Link them in your blog and let them know they have been challenged
 
 
Kurang asamnye ialah, si posto blog ni dah letak namaku dalam senarai dicabar. Ces… Tengokla. (Ak takut sebenarnya dengar gambar hapa ntah yang muncul).
Jadi… Nilah gambarnyer.
 
adikku lena tidoq! *(Fuh… lega) Gambar adik aku tengah sedap tido…. Nak tido juga zzzz
 
Gambar ni bukan aku amik, tetapi adik lelaki aku yang ambil. Memang hobi dia ambil gambar org tido… Lama x jumpa family aku. 6 hb ni ak balik le rumah jap, pastu ak datang blek 8 hb ni… Test JPJ moto ak x pas lagi… Huhu
 
6 org yang kena tag ialah :
1. syamil my AI course junior
2. fathi kwn skolah ak
3. Kak ima (banyak gambo kannye)
4. fatimah amik medik kat manipal
5. kamila pun yang kat us tu
6. Last skali, buat senior2 debat ku, wajeb… (mana aci skalikan semua dalam ni). Ikut sukat hati ku le…

2nd challenge : bulletin post by Afzan (kawan PLKN aku kat Merbok dulu-dulu)

1. Name. Age. = Syuhada.21.
 2. What song is playing on your friendster? = nothing
3. Why? = dun like to mess up my profile with many widgets…
4. What describes your relationship situation? = emm… still single
5. Where were you three hours ago? = in room, sleeping after subuh, hehe
 6. What was the last movie you saw? = The Malaysian First Film Mobilementary, x caye?http://malaysia24.blogspot.com/
7. What was the last food you ate? = Nasi lemak, 16 hours ago… makan malam semalam
8. Last surprise = Jumpa best friend debate time skolah masa last royal… Huhu most memorable moment
9. Who was your last conversation with? = my BADAR senpai, along
10.Ever been out without underwear on? = mestilah time aku tak masuk tadika dulu-dulu, time baby, sebab pakai pampers (pampers bkn underware…)
11.Color of your shirt now? = blue + green + brown + black (baju kurung beb, banyak kaler lah… standby nak kuar ni)
12.What is your middle name? = Aku bukan omputih… So kalau ikut nama aku paling middle ialah… syuhadalah, hehe 
13.Ever been to the beach at night? = yup, picnic with my father’s batalion, he was an army, so, they have many activities in beach (that time le…)
14.Are you a bad influence? = Of course, especially in driving, hehe
15.What was the last argument you had about? = Apesallah mamat sorang tu suka menyusahkan aku… Hei geram ni. 
16.Rather have your name or your siblings name? = Mine
17.Do you love someone right now? = Definitely!
18.Do they love you back? = I do think so. My family… 
19.Favorite colors? = blue, green, brown 
 20.Ever held a baby? = Yes, sebab semua tu adik aku dan yang terpaksa aku pegang…
 21.What song are you listening ryt now? = Lafaz y Tersimpan
 22.Wear glasses? = Yup, walaupun jarang2 
23.Last thing someone bought for you? = Asam pedas berapi by epol (lepas integriti dia blanja kitaorg ooo)
24.Does your best friend have a friendster? = Yes..
25.Whose page did you visit last? = my senpai page  
27.Next event you’re going to? = food stall
28.Do you have one or more Britney Spears CDs? = nope 
29.Best and worse event you’ve ever been to? = best is debate championship, worse ever is roadshow debat keselamatan jalan raya utem (pihak penganjur sangat teruk management nyer)
30.Emo or Scene? = Emo  
31.Do you sing in the car? = Yup 
32.Do you ever sing in the shower? = Pernah lah… Masa sekolah kut…
33.What track are u listening ryt now? = Layar Keinsafan
 34.Last person to tell you they loved you? = My grandma n grandpa
35.Do you think they meant it? = Of course!
36.Last person spoke to on the phone? = my dearest mom
37.Do you like to dance? = nope
38.Who is the next person you will kiss? = my cute sister 
39.How’s your heart lately? = mula-mula teruk juga, pastu dah ok bila jawab quiz nih, hehe
 40. when was the last time you were really happy? = Bila makan bersama-sama kawan serumah

 
Ok, dah terjawab … Letih tul nak jawab… Utk kengkawan ak yang suka mencabao ni, tenkiulah sebab quiz2 ni dah hilangkan stress ak untuk seketika kalinya. Adios! Sambung kojo blek no…

Do or Die!

Aku benci dengan beberapa spesis manusia berfikiran cetek dan mementingkan diri sendiri ini. Mentang-mentang ada orang kuat belakang, maka keputusan semua terdapat dalam tangan dia. Bukan dia yang akan terima padah belakang hari. Orang yang ikut arahan juga. Memang geram. Tetapi, jangan ingat kami semua ini lemah begitu sahaja. Kami akan buktikan walaupun banyak gila risiko yang bakal menanti, kami tetap akan teruskan agenda KAMU dan agenda yang kami rancang untuk masa depan. Bring it on! (Untuk yang ditindas, ingatlah bahawa doa teraniaya sentiasa dimakbulkan tanpa hijab.) Sekarang ini sama-samalah kita memperbaiki diri sendiri dan buktikan kepada orang yang suka menindas ini kita mampu buat lebih baik daripada yang dia jangka dan daripada dirinya sendiri. Selalu sangat  membangga diri sendiri. Tengoklah hamba Allah. Kalau sudah diisytiharkan di alam maya, maka ia akan berlaku di alam nyata! (Idea kasar dialog pengisytiharan  peperangan pemerintah yang dizalimi dan penyangak kepada pemerintah yang suka mengongkong dalam Hikayat Bunga Raya Emas yang bakal menyusul. Diinspirasikan oleh orang yang suka menyusahkan aku).

Terbaru! Yang antik… Yang sedap… huhu

Apa yang terkini?

1. Keluaran terbaru Hikayat Bunga Raya Emas : Bahana Pewaris Takhta

2. Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

*Bagi aku, yang kedua tu lebih menarik, pembuka seleralah katakan… Hehe