Tajuk Pertandingan Pidato 1Malaysia (Local Agenda 21) 2010

Mari! Mari! Serbu Karnival SUKMA 2010!

Karnival SUKMA 2010 turut dibuka di MITC.. Bermula pukul 5 petang sehingga 12 tgh… Mari kita serbu ramai-ramai. Kawan-kawan saya juga turut membuka gerai di situ. Berikut antara barang-barang menarik yang dipaparkan.

Ingatan buat diri dan semua….

Benarkah di akhir zaman…
Semakin maksiat berleluasa,
semakin kemungkaran bermaharajalela,
semakin mudah mendapat pahala…

Benarkah jihad itu wajib,
ke atas seluruh umat manusia,
yang mengenal pencipta?

Mengapa tatkala manusia menangis,
ada yang masih bergembira?
Mengapa pembunuh berkuasa,
masih ada yang melindunginya,
masih ada menyokongnya?
Mengapa apabila jenayah di hadapan mata,
masih ada yang buta?
Mengapa diajak berjuang,
tetapi dicerca berani mati?
Mengapa apabila ada membantah kekejaman,
masih ada yang mengabaikannya?
Mengapa apabila memboikot,
yang memboikot dikatakan tidak realistik?
Mengapa apabila dibantu,
disekat dan dihalang begitu sahaja?
Mengapa apabila bersuara,
hanya suara jadi sepi?
Mengapa diajak berdoa,
doa pun hanya diangkat tangan,
menghormati acara katanya,
bukan munajat di hati?

Di manakah jihad manusia,
jihad yang besar dimaki,
jihad yang kecil dicaci,
dunia kelam kabut,
manusiakah berserabut,
perkara haram dituntut,
perkara tidak wajib disahut,
perkara wajib di lutut,
kemanusiaan semakin luput….

Kerana terlalu banyak kemungkaran,
lebih mudah mendapat pahala,
apabila mencegahnya….
jihad itu tetap wajib,
walaupun manusia yang berjihad itu sedikit…

-seinaru yuu 07/06/2010-

Usul Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT 2010