Adi Emas Berlipur Lara ~ Lirik lagu One in Million Neyo

Dengar lagu pergi http://www.youtube.com/watch?v=NrXs82I0flg

Imej

Alkisahnya~

Tersebutlah sebuah kisah, entah di mana kisah ini berlaku (mungkin kisah korang, sapa tahu), seorang lelaki sudah angau. Ya, angau kepada seorang perempuan. Dia nampak segala-galanya menakjubkan, ajaib, indah dan segala-gala yang uniklah mengenai perempuan ini.

Lelaki ini sudah jumpa banyak perempuan di dunia ini, yang cantik dan ada pakej, tetapi pelik juga dia tertarik kat minah sorang ni. Kalau perempuan lain tu, dia seronok je tengok, tetapi yang seorang ni nampak lain di pandangan mata. Lain bebenolah minah sorang ni sampai apa saja yang perempuan ni buat, sungguh dirasakan luar biasa dan lain. Apela… Ini cerita orang jatuh hati tahap kritikal.

Namun demikian, lelaki ini pun x sedar atau mungkin tak pasti apakah hatinya merasakan cinta atau bukan? Iyelah tu. Kalau dah angau, memang sure tak sure je kan rase. Tetapi, kalau dah nampak sorang je kat mata berbanding perempuan lain, nampak sorang je bersinar-sinar dan berseri-seri, nampak dia je lah boleh buat benda orang tak boleh buat, tak ke namanya tu…hek eleh.. Akhirnya, satu je lelaki ni confirm. Perempuan ni memang sahlah untuk dia je. Memang sah terlebih sah. (Rujuk the only one for me…).

Moral cerita: Kawan-kawanku, kalau anda ada simptom2 di atas, sila rujuk kepada yang pakar. Kalau menurut analisis saya, memang sahihlah anda terkena penyakit C.I.N.T.A. Maka, kalau sudah ada calon itu, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, anda melepas… So, cepat-cepat maklum dan bincang dengan ibu dan ayah untuk masuk meminang kalau dah konfim hati sendiri. Tetapi, kalau jatuh hati kat tunang atau isteri orang, istighfarlah, dan berdoa agar jumpa jodoh lebih baik ye… Angau tu angau juga, jangan lupa Tuhan yang satu. Insyaallah, bertemu lagi. Chiao dulu!

Advertisements

Adi Emas Berlipur Lara ~ Lirik lagu Lelaki Seperti Aku – Alif Satar

Imej

 

Alkisahnya…

Kalau tengok kisah lagu ini betul-betul, isunya hampir menyerupai lagu Nobody Nobody je. Kisah mengenai lelaki yang suruh orang yang minat kat dia cari orang lain. Bezanya ialah dekat lagu Nobody Nobody tu, lelaki tu cakap kat kekasihnya, lagu ini dia cakap kat admirer dialah. 

Lelaki dalam lagu Lelaki Seperti Aku ini merupakan lelaki yang diminati oleh seorang perempuan. Kalau tengok cara lelaki ni cakap kat perempuan ni, nampaklah perempuan ni punya level suka itu tahap kroniklah, sampai lelaki ini asyik-asyik tunjuk ada banyak lagi lelaki yang baik, hebat, seksi, dan tampan kat dunia. Bak kata orang tua-tua, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor, ewah!

Perempuan ini digambarkan suka tahap kronik melalui tindakannya yang merayu-rayu sampai menangis tak berlagulah dan paksa-paksa pula lelaki ni dengan taktik-taktik drama swastanya. 

Maka, lelaki ini pun cakaplah janganlah buat benda-benda jatuh maruah ni. Lelaki ni akui memang admirer ni cantik dan baik, tetapi dia sudah ada kekasih hati. Mana ada orang ada dua kekasih dalam satu masa. Memang cari nahaslah.

Lelaki ini juga berpesan kepada perempuan ini agar janganlah simpan dendam dan susah hati kalau dia tak terima pun. Insyaallah, kalau ada jodoh tu, adalah lelaki lain yang akan menjadikan perempuan ini sebagai kekasih hati… 

Moral cerita: Kepada semua wanita, korang jangan cari bakal suami atau kekasih korang nanti itu daripada suami atau kekasih orang. Tak baik okeh. Memang patut pun kene reject. Kalau iye ye pun nak cari, carilah yang masih single mingle lagi. Kemudian, jangan lupa berdoa dapat jodoh yang baik, dapat kebahagiaan dan keberkatan sehingga ke akhirnya.. Tak payah merayu-rayu macam kronik ni. Bukan maruah kita je jatuh, bahkan maruah ibu bapa dan adik-beradik kita. Takut-takut orang cop mak bapa kita tak pandai didik anak nak jaga tatasusila pula kan… Okeh, sekian daripada Adi Emas. Adios! Sayonara!

Lagu di Youtube http://www.youtube.com/watch?v=nN9lfg9SFQQ&feature=player_embedded#!

 

Adi Emas Berlipur Lara~Nobody nobody Wonder Girls

Lirik Nobody nobody Wonder Girls

You Know I still Love You Baby.
And it will never change. (Saranghae)

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody

Why are you trying to, to make me leave ya
I know what you’re thinking
Baby why aren’t you listening
How can I just
Just love someone else and
Forget you completely
When I know you still love me

Telling me you’re not good enough
My life with you is just too tough
You know it’s not right so
Just stop and come back boy
How can this be
When we were meant to be

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody

Why can’t we just, just be like this
Cause it’s you that I need and nothing else until the end
Who else can ever make me feel the way I
I feel when I’m with you, no one will ever do

Telling me you’re not good enough
My life with you is just too tough
You know me enough so
You know what I need boy
Right next to you is where I need to be.

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody

I want nobody nobody But You, I want nobody nobody But You
How can I be with another, I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody

 

Ok hari ni nak buat cerita mengenai lagu yang pernah meletop iaitu Nobody nobody oleh Wonder Girls. Ceritanya mengenai seorang perempuan desperate kut dekat ex dia rasanya. Sebab ada perkataan come back. Ex dia ni break dengan perempuan ni sebab nak bagi perempuan ni bersama dan dijodohkan dengan orang lain lebih baik. Mungkin lelaki ni ada kekangan hidup kot macam miskin, sakit ataupun apa-apa je la. Niat lelaki ni macam murni semurni minyak Seri Murnila, nak bagi perempuan ni hidup bahagia la tu. Kalau duduk dengan orang tak berduit @ sakit macam dia, macam mana nak hidup senang. Zaman globalisasi yang mencabar sekarang mana cukup bahagia dengan kasih sayang je, ewah..macam Tun M. pula lelaki ni, pandang jauh katanye… 

Tetapi, perempuan kalau dah bercinta, segala yang ribut badai ditempuhi, kononnya gunung sama didaki, lurah sama dituruni sanggup demi lelaki dicintai. So, bila tiba2 break tu tak bolehla terima hakikat break kan… Ye la, perempuan ni jenis setia, tak macam lelaki (tak tau la versi sekarang cemana). Bagila 1001 alasan paling hebat pun, macam lelaki lain lagi berduit, lagi berilmu ke, tak mahunye nak terima. Sebab apa? Sebab cinta itu buta. Ya, buta kat benda-benda lain selain daripada lelaki tu je lah. Kesimpulannya, perempuan ni tak nak la orang lain selain kekasih pujaan hati yang dah tinggalkannya.

Moral of story: Lelaki kalau nak cari pasangan hidup tu eloklah persiapkan diri, jangan asyik dok bercinta je sampai last sekali sebab tak de duit, makan hati berulam jantung je sebab kena serahkan kekasih kepada orang lain. Untuk orang perempuan pula, jangan dok bercinta membabi buta lak, tengok juga sapa sebab nanti tiba2 terputus dialah paling berendam air mata. Nasihat saya yang tak pakar cinta ni, bercinta je la selepas kahwin, bila dah masing dah mampu, dengan restu mak bapa insyaallah tak break dan berkekalan sehingga ke anak cucu dan akhirat nanti. Okeh, chao dulu!

 

 

Adi Emas Berlipur Lara~

Lirik Lagu Wali Yank Lyrics

yank coba kau jujur padaku
yank foto siapa di dompetmu
yank kok kamu diam membisu
sayang jawab atau aku pergi sayang

reff: 
aku tak mau bicara
sebelum kau cerita semua
apa maumu, siapa dirinya
tak betah bila ada yang lain

jangan hubungi ku lagi
ini bisa jadi yang terakhir
aku ngerti kamu, kau tak ngerti aku
sekarang atau tak selamanya

yank jangan kira ku tak tahu
yank tak mudah kau bodohiku
yank tolong dengarkanlah aku
tapi sayang masih pantaskah kau ku panggil sayang

repeat reff

saat kamu mau bicara
dan ku akan cerita semua
apa mauku, siapa dirinya
karna memang tak ada yang lain

terus hubungiku lagi
jangan bilang ini yang terakhir
aku ngerti kamu, kamu ngerti aku
aku sayang kamu selamanya

repeat reff

Alkisahnya…

Ok, org lain buat ulasan filem, makanan, restoran, gosip, so aku nak buat ulasan lagu pula. Lagu ni korang pon tau sapa nyanyi dan muzik dia cemana, tak payahla penat2 aku nak intro lagu ni.

Tapi yang aku faham pasal lagu ni ialah ada sorang awek@marka@suami@isteri=insan ni dia nampak lover dia ni macam curang dengan dia. Pastu dia merajuk macam asam jeruk juga la bila lover dia ni wat bodoh je bila dia tanya sapa orang ketiga tu. Rajuk si kecik hati ni boleh tahan juga la sebab dia sampai tak nak layan lover dia lagi, ye la kalau ye pun orang tanya tu cakap je la sape ka, cerita je la apa jadi, tapi ni tak, tak dijawabnye soalan tu. Orang rasa cam orang bodoh je bila dibuat camni. Betulke camni orang panggil lover? Hek eleh…. Malas la nak jumpa le camni. Break pun bagus…(apa ke hei la ada org merajuk camni, isk isk)

Kemudian, lover dia cakap, jangan le cam tu. Dia akan bagi tau apa sebenarnya story yang disalah faham. Mana ada dia curang-curang? Hek eleh….(nak jugak le ni). Therefore, in the end, dia citer la semua benda kat lover dia ni. Mana ada orang lain, pandai-pandai je la…tak de nye isu-isu sesapa pebodohkan sesapa.

Last sekali, kalau ikutnye lagu ni nye ending, lover yang disalah faham ni macam fail je explain kat orang tu… Therefore, in end of story, korang pk la sendiri apa jadi kat dua-dua orang kronik ni, malas aku.

Moral of story: Kalau yang tak kahwin lagi tu jadi macam benda2 di atas tu, memang padan muka korang pun, sapa suruh tak kawen cecepat, kan dan dok salah faham je memanjang… Kot2 sebelum kawen lg lagu tu, takut lagi kronik lak pas kawen sebab dah biasa syak wasangka (dari syaitan okeh!) . Utk yang dah kawen jadi macam kat atas, berbincanglah leklok, jangan merajok lelama, nanti hilang berkat kang, payah lak…. Okeh, ulasan lagu dah abes dengan leteran mak nenek ni.. Adios!