Bersungguh cinta 1 – Matinya hati

Tatkala aku membaca naskah dan menonton ribuan karya cinta dan perasaan, sungguhku tak terbayangkan dan tak tepercayakan sehingga pada saat itu bahawa keluarga kau sendiri mampu menerajang dan memuntahkan sisa nista keparat yang menjijikkan sehingga matinya hatimu sendiri kepada rasa percaya, kebergantungan, dan rasa cinta. Memang gila dan rasa tiada dalam hati takkan padam walau berkurun lamanya. Aku masih lagi mengalirkan air mata apabila mengenangkan itu. Air mata yang takkan pernah akan kering dengan pura-pura memujuk hati. Aku bencikan mereka selama-lamanya. Aku bencikan manusia selama-lamanya juga. Aku hanya ada Tuhan untuk aku mengadu. Aku hanya ada diri sendiri. Aku hanya ada air mata yang takkan berhenti mengalir. Aku tak perlukan kisah Laila Majnun ataupun Romeo and Juliet untuk membuatkan aku rasa terbeban menjadi manusia yang ada hati. Aku sendiri yang patut membunuh rasa aku sendiri. Aku yang patut membunuh hati sendiri. Yang penting, aku perlu teruskan hidup aku, walaupun membuang hati yang dipijak sesuka hati pada sebelumnya.

Aku akan selamatkan hati orang lain dan cinta yang ada. Dunia tidak perlukan lagi ramai yang tiada hati. Atau hati yang mati. Aku tiada hati untuk manusia. Cuma aku tidak mahu lagi ramai yang menderita atau gila. Biarlah mereka memulakan hidup menjadi lebih bahagia. Ini sahajalah yang mampu aku lakukan untuk menebus kesilapan aku kepada diri sendiri. Kepada hatiku yang telah mati.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: