Balik kampung!!!

Menjelang 24 hingga 28 Jun nih, saya akan berada secara langsung di negeri Kedah Darul Aman, di Jitra kerana melawat ayahanda, bonda, nenda, kekanda2 dan adinda2 (ces! kalau x sebut sumer kang kecik ati!) tercinta.  So, ada apa2 mengenai hal ehwal kelab debat ke, BADAR, apa2 ke please contact me, sebab kat sini x de internet live 24 hours…

Apa speselnya kat sini? Meh aku gitau…

Pernah banjir pada tahun 2005 selepas hari raya aidilfitri… (selepas SPM aku).

 

Ada Tasik Darulaman

Antara kawasan paling padat penduduknya di Kedah (padat bukan bermaksud banyak)

Melahirkan beberapa pemain bola sepak terkemuka Malaysia (sapa dia, cari sendiri)

 dan sebagainya…. Kredit o9 saya pun dah haus ni… Jumpa lagi no…

6 Jun 2009, hari teroka jiran sejauh 2 jam…

Salam. Hoho, semalam aku memang x sempat nak update blog. Sebab semalam aku dan kengkawan aku telah berjalan-jalan ke UM. Kami pergi bukan untuk jejalan suka ria lah (walau niat di hati ada nak buat cam tu), tapi pergi nak wat friendly match dengan UM, bukan match bola sepak… Tapi match lain. Debat. Kami pergi pun bukan dengan transport sendiri, tapi pergi dengan berprosedur, iaitu dengan restu pihak pengurusan, yang kami anggap sebagai ayahanda dan bonda kami.

Masa nak berangkat, bajet bertolak pukul 8, tapi campur tolak darab bahagi singgah breakfast lagi, rasanya dah nak dekat pukul 9 pagi, barulah kami bertolak. Dalam perjalanan, aku mengambil kesempatan untuk tido.. Ye lah, malam isi masa nak baca fakta je… Berat kepala aku ni. Kami sampai dalam dekat pukul sebelas pagi di Perdana Siswa, UM. Yang menyambut kedatangan kami di Bilik Orator UM tu, Daus dan dan sapalah lagi sorang tu… Tak ingat sangat plak. Syafiq UNITEN yang aku pernah lawan semasa Debat Kemerdekaan 2008 pun datang tak lama kemudian.

Dalam 30 minit jugalah kami semua lepak2 dan taa’ruf sikit2. Lepas tu, ap yang berlaku ye? Kita sambung lepas ni. Hehe..

*Bakal komen kengkawan : Oi, syoda! Habiskan citer engko tu. Cukuplah hikayat panjang ko tu je bersiri. Takkan posting pun nak bersiri?

*Bakal jawapan aku : Ok ape… Biar suspen sket.. Hehe (macam suspen)