Ingin ke Syurga

aku tidak seberapa

hina dina dan daif saja

entah bagaimana amalan ku

entahkan tergapai langit yang tujuh

 

walau kudrat ini lemah

suara manusia yang bukan ulama

tak semulia sang burung kerdil

berusaha menolong Nabi yang mulia

 

aku tidak seberapa

tidak berharta tidak kaya

tak mampu aku semulia Abu Bakar

korban kekayaan demi Islam

 

aku takut dan ragu-ragu

tak tentu aku seberani Umar

paling lantang menyokong Islam

walau pernah tegar menentang kebenaran

 

aku tak seberapa

tak mungkin aku menjadi Muhammad Fateh

kekuasaan ada menakluk musuh Islam

sebaik-baik raja mengetuai sebaik-baik tentera

 

Aku penakut, lemah, tidak kaya dan berkuasa

walaupun ini sahaja yang aku ada

walaupun diriku tidak seberapa

aku juga ingin ke syurga…

 

Memang aku tidak mulia

suara aku insan hina

biarlah kubuat apa terdaya

kerana aku juga ingin ke syurga…

 

Title: Ingin ke Syurga

Created by: GH http://tinyurl.com/b8s4uws

Date Created: 3rd January 2013

Advertisements