Hubungan Iman dengan Cinta

Dari Abi Hamzah Anas B.Malik r.a khadim Rasulullah SAW dari Nabi SAW sabdanya: Tidak beriman seseorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim..

Advertisements

Hidupkan hatimu dengan Al-Quran…

Firman Allah dalam Surah An-Nisaa ayat 69 : “Dan sesiapa yang ta’at kepada Allah dan Rasul maka mereka itu ialah orang-orang yang akan diberi nikmat oleh Allah, iaitu dari golongan para Nabi, dari golongan para siddiqin, dari golongan para syuhada dan dari golongan solihin dan mereka itulah teman-teman yang baik-baik.

Design la la la la~

I never thought to become a designer of any masterpiece, but I have accidentally did…

Pertandingan Debat Terbuka UTeM 2010

Pemilihan MPP UTeM 2009/2010 ….

Tidak lama lagi… UTeM bakal dilanda demam pemilihan MPP (nama lain pilihan raya kampus) sekali lagi… Bersiap siagalah wahai bakal calon-calon pemilihan… Janganlah anda terlambat beri nama kepada jentera pemilihan MPP, tarikh akhirnya khamis ini. Kalau tidak anda akan terlepas untuk pergi ke ke kem bakal calon pemilihan .. Bersiap siagalah duhai pelajar-pelajar UTeM, jangan hanya tahu kritik MPP sahaja, kalau tidak tahu mengundi tiada makna kritikan anda. Sediakan mental dan fizikal selepas 25 -27 hb Januari ini untuk menilai bakal pemimpin anda. 28 hb Januari, gunakan kuasa anda untuk membuat pemilihan yang menentukan masa hadapan anda.

Kuasa anda, pilihan anda, masa depan anda….

AGM KDP UTeM 2009/2010

Akhirnya, dengan restu dan rahmat Ilahi, AGM KDP 2009/2010 telah dapat dilaksanakan setelah beberapa halangan berlaku semasa perlaksanaan AGM pada tarikh-tarikh sebelumnya. Maka, setelah pembubaran kepimpinan KDP UTeM 2008/2009, inilah gabungan muka-muka lama dan baru pada sesi kepimpinan kali ini.
Majlis Tertinggi 
Pengerusi : Ahmad Ibrahim bin Yazirruddin
Timbalan Pengerusi : Radin Puteri Hazimah binti Radin Monawir
Setiausaha : Nur Sufiah Akmala Binti Ramdan
Bendahari : Nurul Artikah bt Mohd Shamsuddin
 
 
Biro-biro 
Latihan & Pertandingan : Norsyareman bin Che Azmi, Nurfarahana bt Simun 
Program : Sisszy Anak Unau, Ahmad Saufi bin Ahmad Jawahir
Komunikasi & Multimedia : Muhammad Azim bin Che Ali, Nik Mohd Fakrudin bin Nik Mat
Pengurusan Data & Penerangan : Rashid Hafizi bin Ismail, Muhammad Sidek bin Sadli
Bahasa Inggeris : Cecilia Contessa Balakrishnan, Rozalia Anak Traval
Publisiti & Promosi : Thailis Bounya Anak Ngelayang, Liz Sharaziman bin Ramli
Teknikal & Logistik : Mohd Iqbal b. Nor Shamsukamal, Muhammad Fathullah bin Ya’kob
Pengurusan Pendebat : Nor Syuhada binti Che Khalid, Norafifa binti Khairi, Anita binti Berahim
 
 
Jadi, kepada semua ahli dan alumni KDP UTeM, segala urusan pengurusan kelab sila rujuk kepada kepimpinan baru kali ini. Mewakili mantan kepimpinan KDP 2008/2009, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong termasuklah alumni, staf-staf UTeM dan sahabat-sahabat barisan kepimpinan sekalian. Saya memohon maaf kepada semua jika terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan kerana yang baik itu daripada Allah manakala yang buruk pun berlaku atas ketentuanNya, namun bersandarkan kepada kelemahan sendiri. Selamat maju jaya kepada kepimpinan baru KDP UTeM 2009/2010.
Sekian, terima kasih…
~Mantan Pengerusi KDP UTeM 2008/2009 merangkap Biro Pengurusan Pendebat KDP UTeM 2009/2010~

Internet Security… Huh pening…

Mula-mula masuk kelas, En Zaki buat suprise pula. Ada ku~~iz!!! Argh… Tak belajar dah buat kuiz, mana x tertelan air liur.

Dalam kelas ini, beliau tidak lupa untuk memberi jawapan kepada kuiz yang diberi. Tujuan kelas ini diadakan ialah untuk mengetahui , menangani  dan mengaplikasi ilmu-ilmu keselamatan internet.