Balik kampung!!!

Menjelang 24 hingga 28 Jun nih, saya akan berada secara langsung di negeri Kedah Darul Aman, di Jitra kerana melawat ayahanda, bonda, nenda, kekanda2 dan adinda2 (ces! kalau x sebut sumer kang kecik ati!) tercinta.  So, ada apa2 mengenai hal ehwal kelab debat ke, BADAR, apa2 ke please contact me, sebab kat sini x de internet live 24 hours…

Apa speselnya kat sini? Meh aku gitau…

Pernah banjir pada tahun 2005 selepas hari raya aidilfitri… (selepas SPM aku).

 

Ada Tasik Darulaman

Antara kawasan paling padat penduduknya di Kedah (padat bukan bermaksud banyak)

Melahirkan beberapa pemain bola sepak terkemuka Malaysia (sapa dia, cari sendiri)

 dan sebagainya…. Kredit o9 saya pun dah haus ni… Jumpa lagi no…

Penguins return…

Aku mendapat respon yang “sangat” baik untuk gambar penguin yang diletakkan di blog ni. Jadi, aku nak letak penguin versi kartun pula.

Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image

Aku sekali lagi mendedikasikan ragam-ragam penguin ni buat peminat2 penguin, terutamanya kepada kengkawan aku yang suka penguin mulut memacam kaler. Penguin ni bukan saja boleh tukar kaler mulut, bahkan tukar kaler badan skali… Hehehe. (Banyak lagi ibu bapa penguin akan syorkan blog aku ni utk anak2 diaorg…)

Selalu aku tersalah langkah…

Kebelakangan ini, aku selalu sahaja melakukan perkara yang tidak patut dalam tindak tanduk aku. Ini bermaksud aku masih belum matang dalam berfikir dan bertindak. Mujurlah, dalam aku melakukan salah dan silap yang aku selalu ditegur, bagi membetulkan kekurangan dan kekhilafan diri sendiri. Terima kasih kepada pihak yang selalu memberikan respon terhadap aku agar menjadi lebih baik. Aku akan bertindak berdasarkan panduan dan keputusan kalian, kerana itulah yang terbaik untuk individu yang bermentaliti sederhana seperti aku dalam menghadapi liku-liku kehidupan dan onak duri perjuangan, agar diri sendiri lebih baik, dan lebih sesuai dengan suasana organisasi kini. Sumbang langkah, salah percaturan seinfiniti ampun maaf dipohonkan, selama aku pernah menyinggung perasaan kalian,selama aku pernah membuatkan kalian menitis mutiara kesedihan… Biar jasadku terkekang dalam kurungan, biar jiwaku selalu di ambang senja, namun mindaku masih mampu menafsir dan menterjemahkan tindak tanduk semua yang tidak sanggup melihat aku di takuk lama sehingga bila-bila. Aku pernah menemui kunci untuk melepaskan diri dari kurungan itu, dan aku telah keluar pun, cuma kerana kelalaian dan sikap aku yang tidak berubah begitu banyak, menyebabkan aku terkurung kembali dek kesilapan diri sendiri. Aku akui, aku kurang strategi untuk terus menikmati kebebasan itu, tidak mengunakan cara yang betul untuk melepaskan diri dari kurungan. Sebenarnya, aku boleh menggunakan cara yang betul meskipun mengambil masa yang lama. Aku perlu bersabar sahaja. Kalau aku terus salah langkah lagi, aku boleh menyebabkan diriku terkorban, dan yang lebih malang lagi, orang-orang yang cuba mengikutku pun bakal mengalami nasib yang sama. Pesanan orang yang lebih berpengetahuan untukku, gunakan cara yang betul, ikut saluran yang sah, dan bina kekuatan dan kelebihan diri, agar tidak kembali ke tempat yang sama semula. Aku juga tidak akan menyebabkan usaha kalian semua sia-sia begitu sahaja. Setulus kemaafan aku pohonkan, aku berjanji dengan penuh kesedaran, aku tidak akan mengulangi kekhilafan yang sama lagi.

Idea untuk Hikayat Bunga Raya Emas, watak orang muda yang sering salah langkah…(Diinspirasikan daripada insan-insan yang banyak memberi tunjuk ajar kepadaku dan diri aku sendiri.)

Debat Kepenggunaan pula

baru sehari berlalu, pergi singgah lelama sket kat batu pahat nun, pergi ke pertandingan debat kepenggunaan fomca. huhu, walaupun sengal letih belum hilang, tapi perjuangan tetap diteruskan..

Bermulanya cabaran Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2009

Hari ini Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2009 bakal bermula. Berdebar juga walaupun brtindak sebagai data bank. Hehe… Banyak cabaran yang sudah berlaku, tengah berlaku dan bakal berlaku dalam pertandingan kali ini.