Kawanku Nan Satu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1 Pengantin Baru, Rumah Baru

Sepasang suami isteri sedang menjamu selera di ruang makan dalam sebuah rumah yang besar. Masing-masing makan dengan khusyuk tanpa sebarang suara. Mungkin kerana masing-masing masih betul-betul saling mengenali.

“Hmm.. Apa la yang nak disembang dengan dia ni? Aku mana pandai sembang dengan orang lelaki. Tapi, mana ada orang tak sembang dengan laki sendiri,” fikir Sahara sendiri sambil merenung suaminya yang baru jumpa semasa majlis pernikahan dan perkahwinan 2 hari lepas.

Sahara berasa serba tidak kena. Ibu Sahara pernah berpesan supaya pandai melayan suami agar suami tidak lari cari isteri baru. Walaubagamaimanapun, Sahara bukan setakat melayan suami, nak layan kawan perempuan pun malu-malu. Memang kompleks masalah Sahara ini dari kecil. Sahara makan sedikit sahaja dan memandang suaminya yang masih khusyuk makan. Tiba-tiba, suami Sahara berhenti makan dan memandang Sahara. Sahara memandang suaminya dengan pandangan pelik.

“Emm, makanan saya tidak sedap ke? Kenapa berhenti makan?” soal Sahara.

Suaminya masih tidak memberi sebarang respon, sebaliknya tekun melihat muka Sahara betul-betul. Sahara mula berasa cuak. Ini mesti ada yang tak kena.

“Emm, ada apa yang tidak kenakah dengan muka saya ni. Saya minta maaf kerana tidak cantik dipandang mata. Tapi, saya janji saya akan pandai jaga muka dan rajin bersolek!” ujar Sahara bersungguh-sungguh. Masih diingat pesanan ibunya agar sentiasa jaga penampilan apabila berada dengan suami.

“Ini tak boleh jadi ni. Kalau macam ni hari-hari aku dengan Sahara, kasihan pula Sahara yang selalu asyik salah faham dengan tindakan aku,” fikir sang suami.

Secara spontan, suami Sahara bangun dan memberi arahan.

“Sahara, cepat bersiap. Jom kita keluar.”

Sahara yang masih belum memahami tindakan suaminya, hanya menurut sahaja arahan dan pergi bersiap dengan sepantasnya.

Tidak lama selepas itu, Sahara dan suaminya pergi ke sebuah gedung membeli-belah. Di situ, tangan Sahara cuba diraih oleh suaminya, tetapi Sahara pula sudah terbiasa mengelak untuk dipegang. Kasihan suaminya, isterinya yang seorang ini memang kritikal keadaannya. Tetapi,  yang peliknya suaminya seolah-olah memahami dan terus menuju ke arah sebuah kedai komputer di situ sambil diekori Sahara.

Sahara berfikir bahawa suaminya mungkin hendak membeli komputer. Lalu, tanpa mempedulikan tindakan suaminya, Sahara membelek-belek perkakasan yang dipamerkan di ruangan pameran.

“Wah, Galaxy 7.7 yang terbaru ni! Tab ni kalau guna main Facebook seronok ni.” Sahara mengomel tanpa menyedari dia diperhatikan oleh suaminya. Suaminya melihat Sahara pandang-pandang barang yang dipamerkan sambil senyum tanpa ditahan-tahan, tidak seperti semasa waktu makan dulu, mereka berdua berada dalam keadaan tegang dengan riak wajah si Sahara seperti wajah pembunuh bersiri. Keras dan kaku. Tanpa perasaan. Alahai Sahara, alahai Sahara.

Setelah itu, Sahara dan suaminya pulang ke rumah mereka. Sahara baru teringat bahawa suaminya masih belum mengemaskan barang ke bilik mereka. Sahara malu nak jemput suaminya mengangkat beg pakaian masuk bilik, tetapi Sahara juga mati kutu untuk mengajak suaminya masuk bilik. Tiba-tiba, suami Sahara mengajak Sahara duduk di atas sofa ruang tamu. Sahara pun duduk.

Suami Sahara mengeluarkan bungkusan yang dibawa dari tadi kepada Sahara.

“Bukalah,” pelawa suami Sahara.

Sahara pun membuka bungkusan yang diberikan.

“Alamak! Ini Galaxy 7.7 yang aku tengok tadi.”

Tanpa sempat Sahara bersuara, suami Sahara berkata, “Ambillah, ini hadiah untuk Sahara.”

Mata Sahara berkaca-kaca. Lalu dia tersenyum buat kali pertama kepada lelaki dalam hidupnya dan mengucapkan terima kasih. Sambil Sahara melayan Facebook dengan tab barunya itu, suami Sahara mengambil tab tersebut secara mendadak dan melakukan sesuatu. Kemudian, suaminya pulangkan kembali tab Sahara. Sahara terkebil-kebil melihat tindakan suaminya.

Fikir Sahara,”Tak faham aku. Dia nak tab ni balikkah?”

-Bersambung-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: