End of orange jellyfish

jellyorangetoend

Kalaulah masa boleh diputar kembali

Aku tidak mahu bertemu dengannya sama sekali
atau kalau berjumpapun,
aku tidak mahu terfikir untuk bercakap dengannya,
atau terfikir untuk melabelkan mukanya sebagai indah
atau kalaupun aku bertemu dan terpesona dengannya,
aku tidak patut berkata-kata atau bertegur sapa dengannya
tak patut aku mengingatinya siang dan malam
pagi dan petang
alangkah bodohnya aku pada waktu itu
alangkah singkatnya pandanganku.

Aku sang obor-obor oren,

obor-obor yang mengejar mustahil
obor-obor yang ditikam, dilupakan, dan
tidak lama lagi
aku akan hilang.

Obor-obor sekalian,
kamu tidak patut mengejar siapa-siapa
kalaulah balasannya sebegini pilu
harapnya aku boleh bersemadi dalam dasar laut yang kelam
dan harapnya hatiku juga bersemadi dan tenang jua…

GH, 5 November 2015

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: