Tidak Mengerti

Suara latar (Sila gunakan imaginasi anda untuk menentukan siapakah A dan B ini).

A: Aku harap kau sudi menerima aku.

B: Aku… Aku…

A: Kenapa? Apa salahku?

 

Lagu

Indahnya dilamun cinta,

wajah keruh jadi jernih,

mata kabur bertukar jelas.

 

Siapakah diriku

dalam menerima anugerah ini,

aku tak sedar dan tak mengerti.

 

Suara latar

B: Bukan salah kamu. Kamu memang mulia, kamu sudi memandang aku. Tetapi, salahnya, salah aku.

A: Fikirlah dahulu tentang kita.

B: Baik, jangan terlampau mengharap.

 

Lagu

Tak mengerti cinta,

mengharap balasan sempurna,

maaf kutiada upaya….

 

Aku mencari-cari kelibatnya,

kucuba tanam diharap mekar cinta,

tak muncul walau tunas lemah.

 

Kusedar dan kutahu,

hubungan kita takkan luput,

kita sahabat hingga hujung waktu.

 

Tak mengerti cinta,

mengharap balasan sempurna,

maaf kutiada upaya….

 

Suara latar

B: Itulah jawapan aku untukmu, teman.

 

Tajuk Lirik: Tidak Mengerti

Penulis Lirik: GH (http://tinyurl.com/b8s4uws)

Tarikh Dicipta: 19 Julai 2012

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: