Belajar Cinta

Situasi 1: A sedang tidur dan tiba-tiba terjaga daripada tidur sambil matanya terkelip-kelip hairan dan melilau merata. Muka yang penuh bercelaru. (Imaginasi ikut suka hati anda.)

 

A

Satu, dua, tiga, empat, lima,

jantung saya rasa huru hara,

Sekejap tenang sekejap merana,

Apa sudah jadi pada saya?

 

enam, tujuh, lapan, sembilan,

hati saya rasa tiada dalam badan,

sudah terbang tanpa sempadan,

Apa sudah jadi pada saya?~

 

Situasi 2: B, seorang kawan A yang juga berlagak seperti seorang doktor becermin mata besar bulat, masuk ke bilik A dan duduk di sebelah A. B menghulurkan stetoskop seperti seolah-olah memeriksa kesihatan A. Setelah memeriksa A, B tersenyum seperti orang yang bermuslihat. Kemudian, B bangun dan berjalan mundar mandir sekeliling A seolah-olah hendak bagi ceramah.

 

B

Apa sudah jadi wahai manusia?

Kau berdebar-debar tanpa makna,

Kau tahu ini bawa makna apa,

Kau memang sudah jatuh cinta…

 

Situasi 3: A memandang B dengan hairan…

 

A:

Satu, dua, tiga, dan tak terkira,

jantung saya yang huru hara,

hati saya yang berdebar-debar,

Tapi takkanlah cinta pula.

 

B:

Apa sudah jadi bukannya kau tahu,

aku sudah lama berpengalaman,

setakat jantung dan hati punya cerita,

memang aku sudah tahu semua.

 

Situasi 4: A bangun dengan lemah dari katil sambil menghadap B dengan susah payah

 

A:

Satu dua tiga empat lima

enam tujuh lapan sembilan

Saya rasa pening kepala

terus rasa hendak pengsan!

 

Situasi akhir: A terus jatuh rebah mendadak ke rangkulan B, sahabat baiknya. B tiba-tiba jadi panik dan tidak tentu arah.

 

Dialog akhir

 

B: A!!! Kau sakit rupanya… Sorry…. Aku ingat kau angau atau mabuk cinta! A! A! A!!!!!!! (sambil menggoncang A)

A: (Sambil dalam keadaan dipeluk kawannya dan membuka mata sedikit, A memegang kepala B). Istighfarlah B, aku tak mati lagi, mengucap B, mengucap… Sekarang bawa aku ke hospital, dan jumpa doktor betul ye? (ujar A lalu memejamkan mata sambil tersenyum)

 

Tajuk Lirik: Belajar CInta

Penulis Lirik: GH http://tinyurl.com/b8s4uws

Tarikh Dicipta: 5 November 2012

9 Respons

  1. ahahaha. . i like this . .h0h0h0

  2. I’m not sure why but this web site is loading extremely slow for me. Is anyone else having this problem or is it a issue on my end? I’ll check back later
    and see if the problem still exists.

  3. Merely wanna comment that you have a very nice site, I love the pattern
    it really stands out.

  4. You actually make it seem so easy with your presentation but I find this matter to be actually something
    which I think I would never understand. It seems too complex and very
    broad for me. I am looking forward for your next post, I will try to get the hang of
    it!

    • sorry, i’m not a frequent and pro blogger, tehrefore i just randomly post anything in my mind. thank you for your feedback…

  5. Nice blog here! Also your site loads up very fast!
    What web host are you using? Caan I get your affiliaye link
    to your host? I wissh my website loaded up as fawst as yours lol

    • i dont have any affiliate links, but dont configure too much image in your page to avoid slow loading….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: