Apa yang Kumahu?

Rap~

A

Aku dalam dilema

Aku tak bersedia

Aku bimbang lalu

Aku takut-takut

Aku tiada apa

Aku seorang papa

Aku manusia

Aku … aku … hanya …

 

Lagu~

Babak 1: A duduk terikat, matanya menangis sambil memandang ke bawah.

A

Kuhanya insan hina

kuhanya sebatang kara

Kutidak pernah harap apa-apa

Kuhilang walau dalam terang

 

Babak 2: B sedang dalam perjalanan ke sesuatu tempat, tiba-tiba B nampak A yang menangis tersedu-sedu sambil terikat.

B

Oooooo Ooooooo

Kamu fikir dirimu saja

Kamu tak pernah pandang sesiapa

Aku dan kamu memang serupa

Jangan kau pergi tanpa berdoa…

 

Babak 3: B melepaskan ikatan A dan memberi A sesuatu. A melihat barang yang diberi oleh B dengan penuh takjub.

A

Tak pernah aku diberi apa-apa

Tak pernah aku tahu apa-apa

Siapakah kamu kepada aku

Siapa aku menerima semuanya

 

Babak 4: B berkata sesuatu kepada A. Wajah A yang gembira pada awalnya bertukar keruh. B mula menjauhkan diri daripada A. A mula menangis lagi, sambil menangis dan merayu.

Kumahu hanya dirimu

Kumahu takdir kita bertemu

Kutak sanggup ditinggalkan begitu saja

Kutak kuat sebagai hambaNya.

 

Rap~

B

Ingat kita bertemu sebentar cuma

Tak mungkin kita kekal begini

Kau binalah takdirmu sendiri

Tuhan takkan tinggalkan kita…

 

Babak akhir:

Dialog B: Aku hanya menolong kamu. Dunia ini hanya sementara. Akhiratlah alam kekal abadi. Di sini kita berpisah keranaNya. Aku harapkan kita dapat kesudahan baik dan kita bertemu lagi di sana.

 

B berjalan meninggalkan A yang menangis teresak-esak sambil memeluk barang pemberian B.

 

Tajuk Lirik: Apa yang Kumahu?

Penulis Lirik: GH (http://tinyurl.com/b8s4uws)

Tarikh Dicipta: 29 Oktober 2012

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: