Adi Emas Berlipur Lara ~ Lirik lagu One in Million Neyo

Dengar lagu pergi http://www.youtube.com/watch?v=NrXs82I0flg

Imej

Alkisahnya~

Tersebutlah sebuah kisah, entah di mana kisah ini berlaku (mungkin kisah korang, sapa tahu), seorang lelaki sudah angau. Ya, angau kepada seorang perempuan. Dia nampak segala-galanya menakjubkan, ajaib, indah dan segala-gala yang uniklah mengenai perempuan ini.

Lelaki ini sudah jumpa banyak perempuan di dunia ini, yang cantik dan ada pakej, tetapi pelik juga dia tertarik kat minah sorang ni. Kalau perempuan lain tu, dia seronok je tengok, tetapi yang seorang ni nampak lain di pandangan mata. Lain bebenolah minah sorang ni sampai apa saja yang perempuan ni buat, sungguh dirasakan luar biasa dan lain. Apela… Ini cerita orang jatuh hati tahap kritikal.

Namun demikian, lelaki ini pun x sedar atau mungkin tak pasti apakah hatinya merasakan cinta atau bukan? Iyelah tu. Kalau dah angau, memang sure tak sure je kan rase. Tetapi, kalau dah nampak sorang je kat mata berbanding perempuan lain, nampak sorang je bersinar-sinar dan berseri-seri, nampak dia je lah boleh buat benda orang tak boleh buat, tak ke namanya tu…hek eleh.. Akhirnya, satu je lelaki ni confirm. Perempuan ni memang sahlah untuk dia je. Memang sah terlebih sah. (Rujuk the only one for me…).

Moral cerita: Kawan-kawanku, kalau anda ada simptom2 di atas, sila rujuk kepada yang pakar. Kalau menurut analisis saya, memang sahihlah anda terkena penyakit C.I.N.T.A. Maka, kalau sudah ada calon itu, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, anda melepas… So, cepat-cepat maklum dan bincang dengan ibu dan ayah untuk masuk meminang kalau dah konfim hati sendiri. Tetapi, kalau jatuh hati kat tunang atau isteri orang, istighfarlah, dan berdoa agar jumpa jodoh lebih baik ye… Angau tu angau juga, jangan lupa Tuhan yang satu. Insyaallah, bertemu lagi. Chiao dulu!

2 Respons

  1. Heya i’m for the first time here. I came across this board and I find It really useful & it helped me out a lot.
    I hope to give something back and help others like you aided me.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: