Adi Emas Berlipur Lara ~ Lirik lagu Lelaki Seperti Aku – Alif Satar

Imej

 

Alkisahnya…

Kalau tengok kisah lagu ini betul-betul, isunya hampir menyerupai lagu Nobody Nobody je. Kisah mengenai lelaki yang suruh orang yang minat kat dia cari orang lain. Bezanya ialah dekat lagu Nobody Nobody tu, lelaki tu cakap kat kekasihnya, lagu ini dia cakap kat admirer dialah. 

Lelaki dalam lagu Lelaki Seperti Aku ini merupakan lelaki yang diminati oleh seorang perempuan. Kalau tengok cara lelaki ni cakap kat perempuan ni, nampaklah perempuan ni punya level suka itu tahap kroniklah, sampai lelaki ini asyik-asyik tunjuk ada banyak lagi lelaki yang baik, hebat, seksi, dan tampan kat dunia. Bak kata orang tua-tua, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor, ewah!

Perempuan ini digambarkan suka tahap kronik melalui tindakannya yang merayu-rayu sampai menangis tak berlagulah dan paksa-paksa pula lelaki ni dengan taktik-taktik drama swastanya. 

Maka, lelaki ini pun cakaplah janganlah buat benda-benda jatuh maruah ni. Lelaki ni akui memang admirer ni cantik dan baik, tetapi dia sudah ada kekasih hati. Mana ada orang ada dua kekasih dalam satu masa. Memang cari nahaslah.

Lelaki ini juga berpesan kepada perempuan ini agar janganlah simpan dendam dan susah hati kalau dia tak terima pun. Insyaallah, kalau ada jodoh tu, adalah lelaki lain yang akan menjadikan perempuan ini sebagai kekasih hati… 

Moral cerita: Kepada semua wanita, korang jangan cari bakal suami atau kekasih korang nanti itu daripada suami atau kekasih orang. Tak baik okeh. Memang patut pun kene reject. Kalau iye ye pun nak cari, carilah yang masih single mingle lagi. Kemudian, jangan lupa berdoa dapat jodoh yang baik, dapat kebahagiaan dan keberkatan sehingga ke akhirnya.. Tak payah merayu-rayu macam kronik ni. Bukan maruah kita je jatuh, bahkan maruah ibu bapa dan adik-beradik kita. Takut-takut orang cop mak bapa kita tak pandai didik anak nak jaga tatasusila pula kan… Okeh, sekian daripada Adi Emas. Adios! Sayonara!

Lagu di Youtube http://www.youtube.com/watch?v=nN9lfg9SFQQ&feature=player_embedded#!

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: