Debat IKIM 2010 – suatu catatan

Apabila menyertai debat ini, baru aku sedar betapa ceteknya pengetahuan umat Islam mengenai penggunaan dalil dalam Al-Quran (termasuklah aku) dan As-Sunnah. Bukannya aku nak minta kesempurnaan, tetapi kalau boleh tolonglah menggunakan ayat-ayat suci ini dengan bantuan pakar atau melihat kajian daripada ulama-ulama yang mengkaji ayat-ayat ini sekurang-kurangnya, agar kita semua tidak tersesat dan terkeluar akidah (astaghfirullah, ya Allah, ampunilah kami semua) dek kerana salah penggunaan dan tafsiran ayat al-Quran. Memang berdebat dan bertanding kerana nak menang dan memenuhi konsep dakwah IKIM agar kita semua menjadi generasi al-Quran, tetapi tolonglah jangan mencemarkan kesuciannya dengan penggunaan yang bukan-bukan. Memahami al-Quran bukan sekadar menilik maksud mengikut terjemahan bahasa, sebaliknya lihatlah asbabun nuzul atau latar belakang ayat-ayat ini… Kedua, apabila dalam perdebatan jangan menafikan hakikat yang budak sekolah rendah pun dah tahu, contohnya kemanusiaan dan keagamaan dua perkara yang berbeza.Kalau berbeza mengikut perspektif barat yelah, tapi kalau Islam….. bak kata pendebat UPM yang melihat perlawanan di sebelah saya pun berkata “Islam tu kan syumul…” Marilah istighfar sekali lagi…

Semoga kita perbaiki kekhilafan bersama. Jangan ambil hati, terguris perasaan ye… Sekadar luahan seorang hamba Allah yang dhaif lagi hina….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: