Pertandingan Pidato Kemerdekaan 2009…

Aku baru menghadiri Pertandingan Pidato Kemerdekaan 2009. Bermula pusingan awal, pusingan separuh akhir dan akhir, aku menimba ilmu baru mengenai pidato daripada pemidato-pemidato yang hebat. Secara keseluruhan, aku berpuas hati dengan persembahan oleh seluruh peserta yang terbabit. Namun demikian, kelemahan paling jelas lagi nyata kebanyakan peserta-peserta ialah mereka tidak mengambil berat dengan salah satu penekanan dalam pertandingan agar menonjolkan imej Tunku Abdul Rahman yang akan mendapat markah bonus lagi… 5 peratus atau 5 markah kalau aku tidak silap (free free je dapat… bukan susah pun).

Semangat patriotik atau semangat Allahyarham Tunku pun tidak sampai ke lubuk sanubari aku… Hanya beberapa orang sahaja berjaya menyentuh kalbu aku. Kalau aspek pendahuluan dan isi, aku percaya semua ada pengetahuan, namun untuk mengaplikasi dan memanipulasi pengetahuan dalam penyampaian tidak ramai yang berjaya… Kadang-kadang aku rasa macam dalam kelas Sejarah sambil dengar nota yang disampaikan oleh guru Sejarah aku sahaja balik… Alahai… Maaf ye kawan-kawan… Aku pun bukanlah orang bijak pandai sangat dalam bidang ini.

Biarlah aku mengulas untuk kategori BM untuk pemenang tempat pertama hingga ketiga. Aku tertarik dengan seorang pemidato yang mewakili UIAM. Bagi aku, pidato terbaik beliau ialah pidato semasa peringkat awal. Pidato beliau semasa separuh akhir dan akhir bagi aku biasa-biasa sahaja, walaupun ada percubaan-percubaan mahu menekankan persembahan berbeza. Sayang juga, idea dan garapan isi semasa peringkat awal beliau bagi aku membayangkan beliau akan menggegarkan pentas final. Jangan risau, cuba lagi … Tahniah juga kerana mendapat tempat ketiga…

Tahniah diucapkan kepada Hidayah UTM. Semangat beliau cukup dikagumi semasa penyampaian. Walaupun ada beberapa bahagian aku kira seolah-olah ” pernah kulihat gaya dan ayat ini, di mana ye… goyangan tangan pernah kulihat, bait-bait perkataan pernah kudengar?” tetapi, semua gaya dan persembahan tersebut dilihat sebagai pelengkap yang sesuai dengan penyampaian beliau. Nak tahu gaya jelmaan siapa, kena tengok sendiri.. Tuan punya gaya jelmaan pasti tersenyum melihat komen aku ini. Hidayah merupakan salah seorang pemidato yang menonjolkan karisma yang jelas semasa penyampaian… Sesuai dengan tema pertandingan. Maka… contohilah kawan kita ini… (pujian ini tiada kaitan dengan menjaga hati kawan sematrik beliau dahulu, hehehe).

Johan Pidato Kemerdekaan kali ini, Amirrudin UPM bagi aku ok lah…Aku suka imej beliau dan penyampaian beliau semasa peringkat akhir sahaja secara jujurnya. Dalam banyak-banyak pemidato semasa peringkat akhir, beliau antara yang aku paling mudah nak memahami penyampaiannya. Semasa peringkat lain-lain, aku kurang merasai roh penyampaian beliau… Isi ok, persembahan kurang menyengat je. Isk isk isk… bukan aku pandai menilai pun, banyak lagi aku kena belajar ni. Maaf ye.

Konklusinya, aku suka melihat pertandingan pidato yang bertema ini. Penganjuran yang ok, layanan AJK pun bagus dengan penginapan yang selesa memudahkan peserta dan pemerhati pertandingan. Diharapkan pertandingan akan datang aku dapat pergi lagi…

Pss.. : Team boling, korum gosip dan semua kengkawan termasuk staf pengiring kami yang sering dianggap sebagai PELAJAR, seronok bersama anda.. Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: