Berharganya mereka buat diriku…

Bila difikirkan kembali, sudah masuk tahun ke-3 aku menempuh dunia debat intervarsiti ini. Ini juga membawa maksud sudah berlalu beberapa semester rupanya aku berkecimpung dalam dunia debat ini. Aku terasa bagai baru semalam sahaja aku datang ke latihan pertama semasa aku masuk ke universiti ini.

Semasa aku menempuh tahun pertama dan kedua aku di universiti ini, aku telah menyertai pelbagai aktiviti luar di universiti. Namun demikian, program-program dan senior-senior debat ini antara pihak yang paling susah untuk aku lupakan kerana mereka merupakan pihak yang PALING bertanggungjawab terhadap junior-junior mereka dan juga program-program debat.

Aku bermula dengan pemahaman paling sifar terhadap perdebatan di UTeM. Dengan bantuan, tunjuk ajar dan sokongan mereka (agak-agaknya ada di gambar tak?), aku pun mengenali dan mendalami teknik-teknik perdebatan. Masih aku ingat bagaimana Kak Dila berusaha menjadikan aku sebagai seorang penyampai yang boleh bercakap (dengan bersusah payah), Martin yang berusaha memahamkan mengenai teknik perdebatan (pun dengan bersusah payah, parah dan makan hati rasanya…), Naim dan Din dengan baik dan konsistennya mengajak aku menyertai setiap latihan debat, Syakir yang boleh tahan geram tengok aku lambat meningkat (terutamanya persembahan…), bahkan junior-junior pun telah mengatasi aku daripada aspek persembahan pada beberapa ketika dahulu. Kak Fiza pula mencambahkan minat aku terhadap teknik bidasan yang pelbagai sebagai pendebat yang ke-3.

Pernyataan ini lahir daripada hati, tanpa sebarang unsur paksaan mahupun ugutan daripada sesiapa. Pernyataan ini juga lahir tanpa mengambil kira beberapa insiden yang telah berlaku yang melibatkan perselisihan dan ketidaksefahaman antara kita. Lumrah kehidupan, biasalah kalau kita semua pernah berselisihan.

Kegigihan mereka dalam melatih aku dan junior-junior amatlah dihargai. Bagi aku, senior-senior ini ibarat guru. Bukan aku main cakap saja. Aku mencontohi Imam As-Syafie’ yang menghargai setiap bait ilmu dan penyampainya, meskipun seorang Arab Badwi yang comot. Merekalah yang mengenalkan aku dengan erti kegigihan, semangat tidak putus asa, dan sebagainya. Buat senior-senior yang dikasihi, berdoalah agar kami, junior-junior anda  juga akan menyusul jejak-jejak kalian, sekaligus meneruskan perjuangan yang didokong bersama.

Terima kasih, kalian semualah permata kami.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: