Selalu aku tersalah langkah…

Kebelakangan ini, aku selalu sahaja melakukan perkara yang tidak patut dalam tindak tanduk aku. Ini bermaksud aku masih belum matang dalam berfikir dan bertindak. Mujurlah, dalam aku melakukan salah dan silap yang aku selalu ditegur, bagi membetulkan kekurangan dan kekhilafan diri sendiri. Terima kasih kepada pihak yang selalu memberikan respon terhadap aku agar menjadi lebih baik. Aku akan bertindak berdasarkan panduan dan keputusan kalian, kerana itulah yang terbaik untuk individu yang bermentaliti sederhana seperti aku dalam menghadapi liku-liku kehidupan dan onak duri perjuangan, agar diri sendiri lebih baik, dan lebih sesuai dengan suasana organisasi kini. Sumbang langkah, salah percaturan seinfiniti ampun maaf dipohonkan, selama aku pernah menyinggung perasaan kalian,selama aku pernah membuatkan kalian menitis mutiara kesedihan… Biar jasadku terkekang dalam kurungan, biar jiwaku selalu di ambang senja, namun mindaku masih mampu menafsir dan menterjemahkan tindak tanduk semua yang tidak sanggup melihat aku di takuk lama sehingga bila-bila. Aku pernah menemui kunci untuk melepaskan diri dari kurungan itu, dan aku telah keluar pun, cuma kerana kelalaian dan sikap aku yang tidak berubah begitu banyak, menyebabkan aku terkurung kembali dek kesilapan diri sendiri. Aku akui, aku kurang strategi untuk terus menikmati kebebasan itu, tidak mengunakan cara yang betul untuk melepaskan diri dari kurungan. Sebenarnya, aku boleh menggunakan cara yang betul meskipun mengambil masa yang lama. Aku perlu bersabar sahaja. Kalau aku terus salah langkah lagi, aku boleh menyebabkan diriku terkorban, dan yang lebih malang lagi, orang-orang yang cuba mengikutku pun bakal mengalami nasib yang sama. Pesanan orang yang lebih berpengetahuan untukku, gunakan cara yang betul, ikut saluran yang sah, dan bina kekuatan dan kelebihan diri, agar tidak kembali ke tempat yang sama semula. Aku juga tidak akan menyebabkan usaha kalian semua sia-sia begitu sahaja. Setulus kemaafan aku pohonkan, aku berjanji dengan penuh kesedaran, aku tidak akan mengulangi kekhilafan yang sama lagi.

Idea untuk Hikayat Bunga Raya Emas, watak orang muda yang sering salah langkah…(Diinspirasikan daripada insan-insan yang banyak memberi tunjuk ajar kepadaku dan diri aku sendiri.)

Satu Respons

  1. huh, ko ni syoda…
    sentimental betul

    xpe2…amik pengajaran sempena ramadan ni, mari kita bersama-sama perbaiki diri
    Insya Allah NajaH!

    syoda: isk, sapa lah yang x sentimental time2 keruh begini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: