Sambungan 5 Jun 2009, hari teroka jiran sejauh 2 jam… eh, 5 Jun lah, bukan 6 Jun.

Masa tunggu lepak-lepak kat bilik Orator UM ni, tiba-tiba terpacul muka Abang Azizul, senior Orator UM. Maka, kami pun memulakan mock kami dengan kendalian beliau. Mock pertama, aku tak masuk. Aku masuk mock yang kedua dan keempat sahaja (itu pun setelah aku meluahkan perasaan gian aku nak berlawan debat dan, si syareman tu plak membising pasal benda tu kat Abang Azizul, huhu).

Masa mock kedua tu, aku jadi pendebat pertama, faizal pendebat ke-2 dan syafiq UNITEN pendebat ke-3. Posisi kerajaan. Hmm… Aku bukanlah hebat buat konsep “monsep?” ni. Tapi cuba dan gagahkan hati jugalah. Alahai. Lawan dengan pasukan senior UTeM tu… Naim, Shaiful dan Hong Fai (Hong Fai baru daa…). Uih, ketaq juga jumpa mereka ni. Sebab dah lama berdebat sekali, mesti tau kelemahan aku kan. Tu yang aku takut + fobia tu (kalah dengan mereka pun banyak kali, huhu). Cuma, dengan saki baki kegigihan, aku akhirnya berjaya melepaskan apa yang terbuku di sanubari (fuh, lega…). Lupa pula nak maklum, usul yang kami perdebatkan ialah Media Alternatif Perlu Disekat.

Mock ketiga aku masuk pula, aku team dengan nik dan faizal  dalam posisi pembangkang. Aku dengan “gigih” membincangkan konsep yang lite2 sebab team aku pun biasa2 je. Karang bawa yang heavyweight plak nangis kitaorg nak jawab. Time ni syok juga. Lawan dengan syareman, hong fai, dan syafiq.

Abis mock petang tu, kami dah prepare nak blek melaka dah ni (padahal kena gi majlis tahlil dulu di masjid negara bersama staf2 UTeM), tapi UM request nak 1 lagi mock kerana “naik syok” lak. Hehe, faham2 lah naik syok apa ye. Kami yang memang seronok buat mock banyak2 ni pun follow la, dan contact driver bas (tenkiu ibrahim+ kak ima) agar lambat2 sket ambik kami . Sampai petang sebenarnya, kami baru buat 4 mock, yang kelima tu sebelah malamnya. Jadi, berlangsunglah mock paling getir antara UTeM (syareman, shaiful, ibrahim) dengan UM (shen, azairi, john). Huh, getirnya sampai ke penggulungan. Aku yang menjadi penonton mock rasa macam tengok match semi final atau final lak, hehe..

Time nak blek, kami bergambar. Lepas bergambar, kita orang pun balik dengan senang hati. Rasa macam nak mock lagi lain kali. Hehehe…

Sumber : Arkib KDP UTeM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: