Petai oh Petai… Satu Cerita Banyak Kisah

Hari ni chek (saya in kedah) terima 1 citer, banyak kisah nyer. Kisah ini berjudul “Aku Tak Suka Makan Petai”.  Macam citer bersiri lak.. hehe. Ceritanya bermula dengan kawan aku sorang ni, mak dia suruh makan petai, dia tidak suka, komplen macam-macam kat mak dia kenapa petai ni dia tidak suka. Tetapi, mak dia cakap, kalau tak makan petai, mak merajuk. Alahai, takutlah mak merajuk. Nanti susah nak pergi merempit pula, sebab nak merempit kena minta duit kat mak, nak isi minyaklah katakan, hehe…

Al-kisahnya, selepas makan petai ni, dia pun pergilah cari geng dia dan bercerita (kat aku lah tu) yang dia ni tak suka petai gila-gila. Kawan dia ni pula positif orangnya. Walaupun kawan dia ni pun cakap dia pun tak suka petai, tapi dia makan juga bila mak dia suruh. Sebab dia percaya, suruhan ibu pasti ada kebaikannya, walaupun petai ni busuk dan tidak menjadi kegemarannya. Buktinya, petai ni dapat mengurangkan depresi, memperbaiki premenstrual syndrome (PMS), membantu orang yang mengalami anemia, tekanan darah tinggi, mencerdaskan otak, sembelit, ubat mabuk, kekenyangan, mual di pagi hari, sistem saraf, kegemukan, dan stroke. Kalau diikutkan hati, nak saja kawan dia ni minta mak belikan ubat-ubatan istimewa yang sedap, rasa manis dan tidak busuk seperti petai, tetapi sebab tidak mungkin ibunya akan menghabiskan duit untuk berbelanja mahal apabila boleh diatasi dengan petai yang seikat RM 2.50 sahaja, maka tidak mahu tidak dia cuba menerima petai itu seadanya dan menikmati petai itu seperti menikmati makanan yang selalu dia makan.

Kawan yang baik ni (ek eleh) pun cuba menasihatkan dia supaya terima ajelah petai itu seadanya. Kalau x makan petai, karang tak boleh melepak sekali pula sebab dah tak de duit minyak, motor tak gerak, tak boleh merempit sekali. Boringlah hidup. Kawan ini pula mencadangkan, kalau tak suka sangat, bincang dengan mak elok-elok. Mana tahu mak boleh pertimbangkan. Mungkin mak akan suruh juga makan petai, oklah tu, mintalah sambal belacan ke, kasi sedap sket bila makan. Terbuka sket nak makan. 

Namun demikian, cadangan kawan yang baik ini tidak berusaha dipertimbangkan oleh kawan aku ni. Maka, setiap kali mak dia hidangkan petai, akulah tolong cakapkan ambilkan sambal belacan sikit. Aku makan sedap saja. Dia pulak macam protes tak mau sentuhlah, buat muka tak suka kat petai lah… Hai, dah ada cara mudah, nak juga menyusahkan diri sendiri. Ada penyelesaian tak cuba praktikkan. Lama-lama aku sorang je makan petai banyak-banyak. 

Nak dibestkan cerita, kawan aku ni bagusnya, meluahkan perasaan tidak puas hati kepada petai di blognya. Dikutuknya petai habis-habisan. Maka, blog kawan aku ini menarik perhatian sedara mara mak dia yang baca. Dan mak dia pun akhirnya terbaca kenyataan anaknya mengenai betapa bencinya dia kepada petai yang dihidangkan oleh mak hari-hari. Terkilan perasaan ibu. Terguris jiwa. Ibu mana tak sedih apabila anak mereka mempertikaikan makanan yang dihidangkan secara terang-terangan. Kat blog pula tu. Ibu ini terkilanlah.

Bagi aku, kes ini mudah je. Ibu terus paksa anak makan petai mendadak, susahlah anak tu nak terima. Anak pula, makan je petai tu walaupun tak suka kerana diugut ibunya agar ditarik wang poket. Tapi anak ni pandai memberontak. Guna teknologi zaman siber paling popular sahaja nak lepas geram pasal petai iaitu blog. Sepatutnya, nak tunjuk tak suka pun berhemahlah sikit, ni guna ayat-ayat ganas, nampak mak macam teruk sangat. Sian kat mak. Sepatutnya, cakaplah elok-elok dengan mak, macam mana nak sedapkan petai ke boleh juga ibu dia terima, kalau nak sangat anak dia makan petai. Dah ibu bagi kata dua, kena ikutlah, nak protes ke, cadangkan ke lain citer. 

Sebab mak kawan aku ni dah merajuk, tak tahulah kawan aku ni boleh ke tak lagi lepak dengan geng dia. Nasib dia masih kabur. Harap2 mak kawan aku tu dah tak marah lagi, merajuk dan bawa diri pula. Pesanan untuk kawan aku, terimalah sesuatu perkara, hatta petai pun seadanya. Jangan dicacai pula, nanti ibu merajuk, karang susah pula.

Jagalah hubungan baik dengan ibu, walaupun terpaksa makan petai yang busuk tu. Harap mereka boleh selesaikan perselisihan diaorg. Aku hanya mampu menasihatkan. Tindakan bergantung atas individu itu sendiri.

Inilah kisah kawan aku dan petainya. Harap selepas ini kawan aku lebih bijak menyesuaikan diri dengan makanan-makanan lain yang pelik-pelik juga.

2 Respons

  1. “Aku Suka Makan Petai”……
    Pehh!!!!! Gambar udang masak sambal petai tu…uhhh….. agak2 mak kawan tu bagi tak kalau aku datang umah dia makan petai?

    syoda : aku rasa boleh je… Mesti mak dia rasa dihargai sebab ada orang nak makan petai tu. Hehe

  2. saye juge suka petai.. haha… petai masak ngan sambal udang sahaje.😀
    *tiba-tiba sgt lapar*

    syoda : petai oh petai…. mak masak memang sedap~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: