Tidak pulang bukan kerana tidak cinta…

Salam buat semua. Banyak betul posting hari ini. Baiklah. Aku mahu berkongsi dengan semua bagaimana aku dilihat terlampau ‘syadid’ pada apa jua yang aku lakukan, sama ada untuk jurusan sains komputer, debat, blogging dan sebagainya. Bagaimana pula aku sanggup tidak pulang ke kampung halaman aku yang  jauh nun di utara sejauh beratus-ratus kilometer pada satu-satunya cuti yang sepatutnya aku rebut untuk berbakti kepada kedua ibu bapa aku, lebih-lebih lagi baru-baru ini aku baru kehilangan salah seorang insan yang dikasihi.

Baiklah, pendirian aku satu, cukup mudah. Kalau aku nak buat sesuatu, alang-alang dah mula, kena ada hasilnya. Selagi tidak ada hasilnya atau tidak memuaskan hati, lagi aku nak cuba sekali lagi. Pantang menyerah sebelum ajal.

Kedua, aku ada sebab kenapa kerja aku kena buat ni mesti jadi. Sebabnya, ibu dan bapa aku hantar ke universiti bukan untuk kerja tinggi-tinggi, tetapi untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara. Tidak mahu tidak, aku perlu buktikan dan jadikan diri aku seorang hamba yang mampu meneruskan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.

Ada orang pernah bertanya,”ko tak nak balik umah ke?” atau “ko tak sayang keluarga ke tak balik rumah?” atau “ko gila ke hapa menunggu kat melaka tak balik2 lagi, sebab debat, mak kau tak marah ke?” Ini merupakan antara soklan cepu emas yang ditanya apabila aku cakap aku tak balik atau lambat balik cuti semester ini. Baiklah jawapan aku ialah aku nak balik, cuma masa belum sesuai. Mana ada ibu bapa tak bising kalau anak mereka tidak balik, tetapi mak ayah aku pantang kalau aku balik rumah tetapi risau dengan kerja tidak setel kat universiti. Aku sayang emak dan ayah serta keluarga aku, jadi kasih sayang merekalah menjadi semangat dan azimat untuk berjuang di sini dengan izin Allah, untuk mendidik diri sendiri menjadi manusia yang berguna.

Oleh sebab demikian, memang wajarlah apabila aku melakukan sesuatu perkara, aku terlampau bimbang dan ambil berat tentang perkara tersebut, berdasarkan pendirian-pendirian aku tadi. Buat kawan-kawan yang mengambil berat, terima kasih saya ucapkan. Apa yang mampu saya cakap ialah kita serupa, namun pendapat, pandangan kita berbeza dan matlamat kita sudah jauh berbeza berdasarkan tindakan saya dan tindakan anda semua yang bertentangan dalam aspek ini.

*Jawapan ini ikhlas daripada hati. Harap terjawab segala persoalan kawan-kawan yang dikasihi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: