Amaran… dan ingatan untuk para blogger!

Jangan lupa para blogger, blog merupakan medan bebas tanpa sekatan kepada sesiapa sahaja untuk mengekspresikan pendapat dan mendapatkan maklumat. Jadi ingatan untuk para blogger, anda boleh bercerita mengenai maklumat anda, cuma jangan terlampau terperinci, dikhuatiri akan dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri, dan maklumat ini menjadi batu loncatan terbaik untuk melakukan jenayah, sama ada jenayah siber mahupun jenayah sebenar. Blogger profesional tidak akan mendedahkan maklumat peribadi terlampau terperinci kerana mereka sedar dengan ancaman yang bakal dihadapi apabila mendedahkan maklumat ini. Risiko anda untuk dikambinghitamkan pun sangat tinggi. Kesimpulannya, berhati-hatilah dalam blogging. Jangan terlampau seronok untuk berkongsi sehingga anda mudah dimanipulasi.

*Pengirim merupakan bekas pelajar Teknologi Maklumat dan sedang menuntut dalam jurusan Sains Komputer. Atas kesedaran sivik, maka pengirim berasa bertanggungjawab untuk memberi peringatan kepada semua blogger dek kemunculan blog yang begitu pesat. Sama-samalah kita saling beringat.

Satu Respons

  1. betul tu, tapi yg berniaga guna platform free blog camna yek? seram gak jadi kambing hitam…..

    syoda : kalau nak carik rezeki, hmm… Memang automatik kambing hitam kan. Dah berniaga, buatlah plan backup siap2 untuk keselamatan. Ingat maklumat-maklumat penting apa yang kita buat hari-hari, catat kalau boleh. Siapa yang kita jumpa dan berurusan, jangan lupa tinggalkan pesanan kepada orang yang dipercayai apabila ke mana-mana pun (macam budak-budak, tapi penting sebagai alibi). Keselamatan bukan sahaja pada premis, bahkan pada diri sendiri, apabila menceburi perniagaan. Ini antara cadangan. Boleh buat langkah sendiri juga. Anyway, selamat berniaga!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: