Meluahkan isi hati : Perkara paling berat untuk aku

Ketika aku kecil, masalah utama aku ialah untuk bercakap benar. Tak percaya? Memang ini masalah aku. Kegagalan aku bercakap benar kerana aku takut kalau aku bercakap perkara yang sebenar, pasti aku akan dimarahi atau kehendak / permintaan aku ditolak. Masa kecil aku selalu dihiasi dengan dendaan dan hukuman ayah terhadap aku kerana yang paling utama ialah masalah inilah. Selepas dihukum, aku lebih bertekad pula untuk merahsiakan apa yang aku buat daripada pengetahuan ayah dan emak. Takut kena balun sekali lagi (akhirnya kena juga).

Go to fullsize imageApabila aku meniti zaman kanak-kanak dan remaja, memang aku pun mengalami fenomena seperti insan-insan normal yang lain, iaitu ingin meramaikan kawan-kawan. Namun, sikap biasa aku, iaitu tidak pandai berterus terang terus membelenggu diri aku. Kadang-kadang, aku mahu berterus terang, tetapi perkataan lain pula terpacul dari mulut aku (tabiat ini jadi semakin kurang sihat). Aku mengaku, antara sebab aku jadi begini kerana keyakinan diri aku yang sangat rendah. Jadi, aku mahu menutup kelemahan diri dengan mengatakan perkara yang sebaliknya. Maka, kawan-kawan yang betul-betul rapat dengan aku hanya beberapa orang sahaja. Selalunya, aku akan mencari alternatif lain untuk mengelakkan diri dengan menbaca buku atau menyibukkan diri.

Semasa aku di zaman sekolah rendah, aku berkawan dengan jiran-jiran sebaya kawasan perumahan aku (atas dasar Go to fullsize imageteman sepermainan). Kami selalu main teng-teng, batu seremban / batu 7 /5, tuju kasut / baling selipar, hantu-hantu (jangan main pun benda ni, aku hilang takut untuk keluar malam pasal permainan ini), panjat pokok, emak-emak (selalu jadi emak atau kakak, sebab besar daripada orang lain), zero point (sampai semput), lumba basikal  (zaman ini masih tiada istilah up tire, cuma ada lepas-lepas tangan tengah menunggang, itu pun ada yang accident), bola sepak (sekejap saja, sebab masa ayah tahu, ayah bagi amaran kalau main kena sebat), cikgu-cikgu (yang ini pun best juga), doktor-doktor, polis-polis (bomba-bomba xGo to fullsize image famous time ni, kami semua peminat Gerak Khas time tu), Power Rangers?, sorok-sorok, tiang lapan, dan terlampau banyaklah permainan yang aku sendiri pun sudah lupa. Dek selalu keluar bermain, dalam tahun 4 gitu, aku pernahlah terjatuh hati dekat kawan baik aku time itu (nama dirahsiakan, karang malu pula kawan aku tu). Cuma yang bestnyer, aku tak tau time tu aku dah betul-betul jatuh hati, dan aku pula suka memuji-muji kawan aku yang sorang ini dengan kawan perempuan aku yang lain (jiran gue juga da…). Selalu aku mention awal-awal setiap kali aku nak puji kawan aku tu depan kawan pompuan aku ni, aku bukannya suka kat dia pun, cuma kita kena mengaku yang dia ni memang baguslah, pandailah, baiklah dan dot dot dot (kalau selalu mention gitu, mestilah orang tau aku sebenarnya suka kat budak tu, hehe). Selepas itu, aku siap menyakat kawan aku itu (gosip…) dengan kawan sekelas aku yang lain (jiran aku = kawan kelas aku), sampai mereka naik malu jugalah, walaupun sakit hati dengan mulut sendiri yang suka bertindak bertentangan dengan kehendak hati. Kawan sekelas aku itu pernah bertanya kepada aku, aku yang suka menyakat inikah yang suka pada kawan baik aku tu, aku cakap (sekali lagi…), “mana ada, aku tau, hang tanya sebab jeles apa…”, pandai aku mengelak daripada pertanyaan dan menyakat balik kawan aku semula. Itulah cerita aku masa kecil, tak pandai nak mengaku isi hati sendiri. Apabila semakin berganjak ke zaman remaja, perasaan suka kepada kawan aku itu sebenarnya hilang begitu sahaja kerana perkembangan animasi Jepun yang semakin menyeronokkan (Digimon, Pokemon, dll), jadi aku terus melupakan cinta monyet aku dulu. Mungkin itu bukan cinta monyet pun, ia lebih kepada perkara yang membuatkan aku rasa seronok. Buktinya, apabila  berjumpa dengan perkara lain yang lebih menarik perhatian dan menyeronokkan, aku terus melupakan perasaan suka aku kepada kawan aku ini. Kawan baik aku ini masih lagi kawan aku, cuma kami tidak bertegur sapa sebab masing-masing mempunyai perasaan segan yang agak tebal (pulak..), sebab semasa sekolah menengah, semua sudah ada haluan masing-masing dan jarang bertemu lagi.

Sehingga kini, masih terdapat beberapa perkara yang aku hanya mampu simpan di sudut hati sahaja kerana aku tidak mampu untuk berterus terang. Aku masih mencari waktu yang terbaik untuk meluahkannya dan berharap diberi kekuatan oleh Allah untuk meluahkan apa yang terbuku. Terima kasih kepada kawan-kawan yang memahami masalah aku selama ini dan membuka ruang untuk aku berterus terang dengan cara yang betul. Sokongan kalian amatlah dihargai.

Sisipan

Renungan bersama : Masa kecil, kita sempat menikmati hidup yang gembira, hidup yang ceria. Cuba bandingkan dengan kanak-kanak Palestin yang usianya lebih kurang zaman kita gembira. Lihat apa permainan mereka.

View ImageView ImageView ImageView Image

Permainan mereka ialah intifada untuk Islam dan bumi Palestin. Senjata dan darah bukan perkara asing bagi mereka, sebaliknya menjadi rutin yang perlu mereka hadapi. Mereka bukan di alam mimpi seperti zaman kita kecil, mereka di alam penuh peperangan, realiti yang perlu dipikul mereka selaku anak-anak kecil yang baru mengenal dunia. Buat kawan-kawanku yang tidak suka memboikot barang USA dan Israel, kalau benar anda tidak mahu memboikot pun, jangan diperkecilkan perjuangan orang yang memboikot, kerana inilah usaha kawan anda untuk membantu mereka yang teraniaya. Usaha yang akan diperhitungkan di alam akhirat, tuntutan orang-orang seislam yang teraniaya terhadap umat Islam yang lain yang mampu menolong mereka, tentu anda tidak fikirkan. Demi Allah, fikir-fikirkan tindakan anda semasak-masaknya sebelum melakukan penilaian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: