Tak keruan…

Memacam problem menimpa aku dan bebudak debat secara berkesinambungan… 

Ini masalah aku pula. Apa yang aku mahu berkongsi dengan semua ialah saat menjelang Debat Integriti 2009 lalu, 16 hb Mei 2009, aku telah menelefon ibuku yang berada di Kedah. Dalam perbualan kami, ibuku barulah teringat nak maklumkan kepada aku nenek tiriku yang lebih mesra dipanggil Tok Cik telah kembali ke rahmatullah pada 12 hb Mei 2009 di Johor. Ibuku sendiri tidak sempat melihat saat terakhir satu-satunya orang tuanya yang masih tinggal (ibu tiri pun ibu juga…) kerana terpaksa menguruskan kemasukan adik perempuan aku ke matrikulasi. Jasad Tok Cik selamat disemadikan di Parit Buntar, Perak keesokan harinya setelah dipindahkan terus dari Johor pada malam kematiannya itu. Aku berasa sangat terkilan sebab terlambat untuk mengetahui mengenai perkara ini. Nak balik, masih dalam pertandingan, apa yang aku mampu ialah mendoakan arwah Tok Cik. Boleh dikatakan, dalam 2 – 3 hari aku terus kehilangan semangat untuk melihat pertandingan suku akhir, separuh akhir dan akhir jugalah. Masa awal-awal tahu berita tu, macam nak menangis, tetapi mengenangkan sabda Rasulullah saw yang menunjukkan bahawa meratap kematian adalah haram, jadi aku pun tak jadi menangis, takut2 dari menangis tu terus meratap pula, dah tambah beban dekat mayat. Nauzubillah…

Masa duduk dekat Melaka ni, sebenarnya perancangan asal aku selepas Debat Integriti nak balik kampung dan pergi menjenguk Tok Cik, tetapi nampak sehebat-hebat dan serapi-rapinya perancangan manusia, perancangan Allah lebih hebat. Aku terpaksa akur dengan ketetapan Illahi. Untuk semua, marilah bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Tok Cik agar Tok Cik mendapat fadhilat daripadanya. Al-Fatihah…

*Saya ubah suai semula kiriman ini kerana khuatir akan menyinggung sensitiviti mana-mana pihak sama ada secara sedar mahupun tidak sedar. Ubah suai ini dilakukan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab kerana Allah Taa’la.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: