Amaran dan peringatan untuk PEMIMPIN dan yang DIPIMPIN!

Dengarlah… duhai sekalian pemimpin… Janganlah kamu takbur dengan pangkat yang kamu ada, jangalah kamu bangga dengan pengalaman kamu berbanding orang lain, janganlah kamu merasa apabila kamu lebih tua, lebih berpengalaman, lebih berkepimpinan, maka kamu menggunakan kedudukan kamu untuk melakukan kerja yang tidak diredai Allah, menganiayai orang-orang bawahan kamu, dan malu untuk melakukan kerja-kerja kasar seperti menyapu sampah atau mengangkat barang-barang berat kerana menganggap itu bukannya kerja kamu. Apabila kamu telah mendapat taklifan, maka hendaklah kamu menjaga kebajikan orang-orang bawah kamu, jangan biarkan rakyat bawahan kamu ke arah kecelakaan, sedangkan kamu mampu menghindarkan diri mereka daripada perkara tersebut. Apabila pemimpin mendapat taklifan, maka pemimpin merupakan hamba kepada rakyat, bukannya rakyat menjadi hamba kamu. Sedarlah, setinggi-tinggi kamu sebagai pemimpin, ingatlah yang memimpin dirimu sebagai pemimpin ialah Allah swt,  Raja segala raja-raja, Penguasa segala penguasa…

Untuk orang yang dipimpin pula, taatlah atau wala’lah kamu kepada orang yang telah kamu angkat sebagai pemimpin, patuhilah arahannya selagi mana tidak bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah, kritiklah dan suarakan apa yang kamu perlu suarakan kepada pemimpin kamu, agar kamu tidak mendapat balasan di penghujungnya nanti, kerana menyokong orang-orang zalim…. Wallahuahlam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: