Hormati yang lebih berpengalaman

Dalam apa bidang sekalipun, sudah adat manusia beradab, yang muda menghormati yang tua, yang baru menghormati yang lebih berpengalaman meskipun anda lebih hebat daripada orang yang berpengalaman tersebut. Sikap dan tutur kata perlu diawasi kerana anda mungkin akan mengguris hati pihak terbabit secara sengaja, ataupun tanpa disedari. Jangan lupa, tanpa orang lama, tidak mungkin munculnya orang baru, tidak mungkin lahirnya generasi pelapis sekarang. Orang yang sudah berpengalaman ini, kita perlu mengikut rentaknya untuk menjaga air mukanya, mungkin sesetengah mereka memang tidak boleh ditegur oleh orang yang kurang hebat atau kurang berpengalaman kerana takut terguris hati, terluka perasaan dan sebagainya. Apa yang mampu kita buat ialah berdoalah kepada Illahi agar pihak terbabit sedar dengan kesalahannya sendiri sekaligus memperbaiki dirinya sendiri untuk kebaikan bersama. Untuk nasihat mereka, kita ambil yang boleh membina kita. Ketepikan dahulu perasaan tidak puas hati, ambil dan praktikkan saranan-saranan tersebut dan tingkatkan prestasi kendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: