Pengalaman sebagai yang ketiga…

Hari ini aku belajar ilmu baru lagi dalam perdebatan. Dek kesungguhan aku yang pulun nak bidas semua fakta (rasanya), abang jijoi, coach kami letakkan aku sebagai third speaker dalam posisi. Epol pun berhijrah juga. Dia daripada third speaker jadi first speaker dan second speaker. Aku ingat lagi kali terakhir jadi third speaker masa team dengan martin dan syareman semasa dinislam (debat integrasi islam utem) lalu, hancur pasukan time tu. Tapi nak kata aku bagus sebagai second speaker, tak pula, hehe. Syareman pula, berhijrah sama-sama kami, jadi 2nd speaker dan penggulung, selain daripada menjadi 1st speaker. Memetik perkataan coach kami hari ni tentang pencapaian aku, aku ni macam batu karang? Letak dalam laut hidup, naik ke darat mati. X faham aku pada awal dimaklumkan perumpamaan ini. Mungkin maksudnya, aku tak sesuai jadi second speaker ke selama ini…. Atau kalau aku tahu isu, aku boleh membidas, tetapi kalau tak tahu isu, mampus… Wallahuahlam. Tetapi, aku seronok juga jadi 3rd speaker ni. Apa dendam kesumat aku untuk jawab segala hal ehwal persoalan pihak lawan aku gunakan habis-habisan. Hari ni kita ada 3 mock debat dan 2 games. Dek aku jadi 3rd speaker 2 match yang terakhir ni, aku terus macam tak larat dah pada match yang terakhir ni. Susah juga jadi third ni. Kena analisis saja dari mula sampai tengah berdebat sekalipun. Huhu… Walaupun susah, tetapi kena usaha juga sebab junior universiti lain (yang pernah dibelasah oleh kami) dah lebih dan sangat hebat daripada kami semua (hakikat yang pahit untuk ditelan). Aku ingat lagi tips abang yamin, kalau jadi third ni, tengok apa percanggahan, apa pertikaian, dan apa yang cuba digelapkan oleh pihak lawan.

Epol pula dipuji sangat bijak. Wah, memang pun idea dia ni plek daripada orang lain. Syareman pula dah bleh menggulung. Boleh kunci kes lebih ok lah berbanding aku ni. Nik pula, hmmm semangatnya masih boleh dipuji kerana masih boleh terima saranan dan pendapat abang jijoi (abang jijoi takut nik kecik hati sampai minta no telefon nik daripada aku). Cuma yang sedih kali ni, kami kekurangan orang untuk buat mock debat (cuba teka kenapa?). Balik rumah terus terlelap sebab terlampau letih… zzzzz zzzzz. Huh mimpi pun x sempat sebab tidur terlampau nyenyak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: