Pengalaman Debat Integriti 2009

Sudah 2 hari Debat Integriti Perdana 2009 berakhir. Rasa seperti baru semalam sahaja pergi ke pertandingan tersebut. 2 hari saringan sebanyak 6 perlawanan, aku hanya diturunkan 2 kali sahaja kerana prestasi aku yang teruk. Tetapi, aku bersyukur juga tidak diturunkan banyak kali kerana aku boleh membuat analisis perlawanan untuk pasukan aku, lihat apa kelemahan pasukan dan mendengar komentar daripada hakim dan jurulatih sendiri. Ini pengalaman aku yang pertama turun pertandingan sambil menganalisis betul-betul kerana sebelum ini aku masih lagi belum pandai menganalisis kes. Daripada analisis ini, aku pun buatlah kesimpulan awal sama pasukan aku ini kalah atau menang, dan memang masa saringan hipotesis aku ini akan menjadi kesimpulan sebenar. Kiranya, banyak jugalah kekurangan pasukan kami ini kerana hanya menang 2 kali sahaja saringan. Itu belum kira hanya seorang sahaja dalam kalangan kami yang menggondol pendebat terbaik untuk satu perlawanan sahaja. Itu cerita masa perlawanan berlangsung.

Setiap malam pula kami akan membuat post mortem. Sebelum itu, kami akan pergi makan malam dahulu. Semasa makan malam aku terserempak dengan Hamka UMT, so apa lagi, kami pun berkongsi tentang perlawanan yang berlaku sebelah siangnya. Masing-masing lepaskan rasa (rasa-rasa?) macam-macamlah, biasalah tu. Selepas itu, buatlah post mortem (off record yek). Selepas post mortem, balik rumah tu bacalah dan analisislah fakta kes. Cuma semasa post mortem hari pertama, aku dimaklumkan (siapa ye?) untuk menyalin dan menganalisis fakta kes sahaja sepanjang malam itu kerana aku tidak akan turun untuk saringan hari kedua. Malam itu pun, aku memerah otak dan bersekang mata sampai aku hanya ada masa 30 minit sahaja nak tidur.

Hari kedua perlawanan, syareman, epol dan syakir sahajalah turun. Aku pula cari fakta dan duduk berehat sahaja sambil menyaksikan perdebatan. Oklah lagi tu. Tiba-tiba, match ke-2, si syareman kata tak nak turun sebab tak confident. Pulak dah. Dah lah kepala aku ni sangat berat, ubat migrain pula tertinggal, batuk-batuk diturunkan untuk berdebat. Semasa berdebat pula, aku rasa hakim yang tengok aku ni kesian kat aku juga rasanya, muka mereka resah semacam semasa dengar aku berdebat. Bukti mereka ni kesian, bila semua nak masuk untuk mendengar pengumuman keputusan, dua hakim yang mengadili pertandingan keluar (untuk pulang kut) menegur aku dengan bertanya sama ada aku sihat atau tidak. Aku cakap aku kurang sihat sajalah. Masa masuk kita dengar pengumuman keputusan, dan pasukan aku kalah time tu. Pastu syareman pun turun balik.

Analisis keseluruhan pertandingan kali ini, (jujur ni) pasukan kami memang lemah kerana hanya boleh menang apabila jumpa team yang sangat lemah atau sangat tidak konsisten. Bila jumpa dengan team biasa yang kadang-kadang konsep pun entah apa-apa pun boleh kalah asalkan mereka konsisten. Team paling kuat kami jumpa kali ni pun abang-abang pertahanan / UPNM (bak kata epol dan syareman).

Kelemahan pasukan kali ini akan cuba diatasi sehingga ke takat sifar (kalaulah boleh) untuk pertandingan akan datang. Debat ini bukan juga hanya atau semata-mata berdebat, berhujah, membidas, menganalisis fakta (kalau tak analisis, setakat mempergunakan sahaja, macamlah hujah tu nak jelas sangat), bahkan debat ini juga meliputi kerjasama SEMUA ahli pasukan, persefahaman, saling menghormati dan sebagainya yang agak kurang dalam kalangan kami (aku pun sama saja).

Untuk pertandingan kali ini, sekalung aprisiasi untuk semua pihak yang terlibat, yang menyokong sama ada secara langsung atau pun tidak. Terdapat satu pengajaran paling menyentuh hati daripada pertandingan ini (disarankan oleh ibrahim dan ditambah oleh kata-kata epol) iaitu masalah luar perdebatan boleh terbawa-bawa hingga ke dalam perdebatan, walaupun pertentangan atau pertikaian kita dalam perdebatan kita tidak bawa pun ke luar perdebatan. Fikir-fikirkan…

Nota kaki : Seronok jumpa ramai pendebat-pendebat universiti lain, terutamanya, fadilah dan bariah and the gang of UTHM, qayyum,hazlina dan the gang of USIM, USM, UM dll. Tak jumpa pula kakak-kakak UNIMAS. Rindu kat mereka ni. Tak lupa mengenang jasa kepada farhana merangkap runner (dah bersara, hehe) pasukan UTeM, Kak Ima dan Kak Wana staf HEPA, Pn Ida penasihat KDP dan pegawai HEPA, abg yamin, senior2 debat(ramai la… tapi jasa kalian tak ku lupakan), abg jijoi coach yang bersemangat, ahli KDP yang banyak mencurahkan khidmat. Jumpa lagi di pertandingan yang bakal menyusul, insyaallah…

Gambar pertama : Aku, syareman dan epol   Gambar kedua : epol dan qayyum usim

Gambar ini masa kami tengok UKM melawan UiTM final integriti…

*Cabaran peringkat final, aku kategorikan kepada 2, yang pertama semasa dengar perdebatan (mood aku, aman tenteram, damai) dan yang kedua ialah semasa dengar ucapan VVIP (ini punya part, 15 minit pertama, aku ok lagi… Tapi seterusnya, aku dah x boleh duduk diam, aku tukar tempat duduk, kacau kak ima dan kak wana, kebas paper berita harian ibrahim, merapu-merepek dengan semua dalam gambar dan luar gambar… Macam org tengah pening kan… Memang aku tgh pening sebab penyakit batuk-batuk + selesema warisan org lain time ni…

3 Respons

  1. WAAA!!!!

  2. AKU NAMPAK NAMA AKU!!!
    AKU NAMAPAK MUKA AKU SEKALI!!!

    WAA!!!

    syoda : ish, sukanya dia… Baru letak gambar kecik…

  3. syuhada!!tak sangka jumpa kat blog..hihihi..thanx..nice meeting u..qayyum pun ada sekali ek?haha..may ALLAH bless u all okeh..

    syoda : wah!! Lama tak ketemu !!! (tak sampai sebulan pon..). may ALLAH bless u too. pss… Cemana bleh tersesat kat sini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: