Betapa aku rindukan saat lalu…
Tika aku sentiasa bergembira
bersama taulan kecilku,
Tika aku dimarahi ibu
dek membuat saudara kecilku tak keruan,
Tika aku disebat ayah
apabila melihatku bersaing basikal dengan kawan-kawan selepas kelas mengaji,
Tika datukku mengajarkanku kalimah Allah
memujuk aku yang selalu menangis dipukul,
Tika nenek menegah aku
daripada mengganggunya membuat kuih untuk jualan,
Tika kawan-kawan aku membuatku marah
kerana mengejek diriku yang lebih besar daripada mereka,
Tika aku berehat
sambil membaca koleksi buku rujukan ibu,
Tika aku menangis
apabila ditampar ayah kerana mencuri dan berbohong,
Tika aku jatuh hati
apabila aku jatuh daripada basikal semasa berusia 6 tahun,
Tika aku sakit
apabila ayah membawaku keluar bersiar-siar sehingga terlena,
Tika aku ketawa
kerana suka mengusik kawanku,
Tika aku penat
dipaksa guru berlumba lari 100 meter,
Tika aku sedih
kehilangan guru dan kawan yang disayangi,
Tika aku berpuas hati
meraih kejayaan dan apa yang aku idamkan,
Tika aku banyak berfikir
mengenai cita-citaku sebagai saintis,
Tika aku diam
mendengar luahan hati insan yang memerlukan…
Kini,
tidak seperti dahulu,
dan betapa aku
rindukan saat-saat lalu…
Filed under: Cetusan hati... | Leave a comment »