Resepi Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

kek coklat lapis

Bahan-bahan ( 10 x 10 )

  • Bahan A
  • 150gm butter
  • 100gm coklat masakan
  • Bahan B
  • 10 biji kuning telur – Gred A
  • 5 biji putih telur
  • 225gm gula castor
  • 1 sudu besar ovalette (bumbun)
  • Bahan C
  • 125gm tepung gandum/superfine
  • 25gm tepung jagung
  • 1 tsp baking powder
  • 30gm serbuk koko
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • Bahan untuk lapisan cheese
  • 250gm cream cheese
  • 100gm coklat masakan putih
  • 2 biji telur gred A
  • 30gm tepung gandum/superfine

Cara-cara

  1. Cairkan bahan A dan sejukkan.
  2. Campurkan semua bahan B dan pukul sehingga gebu dan bertanduk.
  3. Masukkan bahan C dan gaul sebati. Gaul mengunakan spatula.
  4. Kemudian masukkan bahan A yang telah sejuk sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
  5. Untuk lapisan cheese. Masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu.
  6. Sediakan acuan. Sapukan acuan dengan butter dan alas dasar dengan kertas.
  7. Bahagikan adunan coklat kepada 2. Masukkan bahagian 1 kedalam acuan dan tutup dengan aluminium foil. Kukus kek selama 20 minit.
  8. Selepas 20 minit. Periksa kek. Sentuh atas kek dan jika kek tidak basah bermakna kek telah sedia untuk lapisan kedua. Lapisan kedua – masukkan adunan cheese. Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit. Lapisan cheese dah masak, bolehlah masukkan bahagian ke 2 kek dan kukus lagi selama 20 minit. Jangan lupa untuk tutup kek dengan aluminium foil sebelum mengukus. Tips : Pastikan dan periksa kek telah masak sebelum tuang lapisan ke 2 dan seterusnya kerana kek sangat lembut dan bimbang2 jika kek tidak masak adunan akan mendap.

*Inilah antara makanan kegemaran saya… Hehe. Selamat mencuba… Dipetik dari http://www.myresipi.com/top/detail/4229

About these ads

5 Respons

  1. i dh cuba kek tu…mmg sedap…tp mcm mana nk kekalkan kek tu supaya x bkulat & cheese tu sensitif sgt lah klu expose…kalau guna cheese philadelphia tu ok x?

    syoda : err, saya pun x tau sgt psal kek ni. Saya cuma tau dr resepi tu sama ad kek tu sedap atau x je…(ayat cover x tau ap2)

    • Salam, hanya nak berkongsi pengetahuan. Apa2 saja masakan yang berasaskan cheese, mesti disimpan dalam fridge. Mmg sifat cheese cepat berkulat. Lebih lagi kalau makanan yang dikukus, kandungan air dalam kek tu byk. Maknanya, lebih cepatlah kulat tumbuh. Saya pernah makan kek mcm ni, kalo keluar dr fridge, lebih sedap. Selamat menjamu selera!

      syoda: betul tu, terima kasih daun keladi atas maklumat tersebut.

  2. Nampak sedasp la kek ni…. Lepas ni saya nak cuba resepi ni. Harap2 menjadidan berjaya le….

    syoda : buat untuk saya sekali ye… hehehe

  3. susah sgt la nk wat kek nie…dh la ngah pening dok pkir nk wat kek pa utk besday anak nakan…plez bg idea…….

    syoda : apa kata buat kek coklat lembap? Cuma tambah cip coklat untuk menarik selera kanak2. Merekakan sukakan coklat. Boleh rujuk http://irtiyah.blogspot.com/2007/06/resepi-kek-coklat-lembab.html ataupun http://resepi.mesra.net/Detailed/4603.shtml
    Ataupun boleh buat kek cawan dengan dekorasi mudah dan menarik. Ringkas dan disukai kanak2 juga… http://www.myresipi.com/top/detail/9573 ataupun http://www.myresipi.com/top/detail/765

  4. The in contrast to the tactic is to create “performance” centered aching documents.
    This may discover the necessity in terms of as an example movements, memories

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 26 other followers

%d bloggers like this: